40 Minggu

Cara Buat Urutan Kesuburan Agar Wanita Cepat Hamil, Ini Ikhtiar Paling Mudah

83
SHARES
URUTAN KESUBURAN

Buat anda yang tidak tahu, peluang kehamilan boleh meningkat dengan menggunakan teknik urutan kesuburan. Urutan ini berfungsi untuk memperbaiki peredaran darah di bahagian dinding rahim dan seimbangkan hormon.

Jika usaha untuk mendapatkan zuriat lebih setahun tidak berjaya, maka anda boleh mencuba urutan kesuburan seperti saranan di bawah ini.

Baca juga: Doa Untuk Kaum Wanita Amalkan Agar Rahim Kuat, Barulah Senang Nak ‘Lekat’ Anak

URUTAN KESUBURAN UNTUK CEPAT HAMIL

URUTAN KESUBURAN

Urutan kesuburan ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, antaranya adalah:

Refleksologi

Urutan kesuburan refleksologi bertujuan untuk merangsang titik-titik refleksi tertentu di bahagian tubuh yang berkait rapat dengan organ reproduksi dan keseimbangan hormon.

Teknik ini dilakukan tanpa alat, hanya menggunakan tangan dan dengan lembut urut di bahagian tertentu. Sudah pastinya mampu memberi ketenangan kepada si isteri.

Urutan kesuburan – urutan perut

Seterusnya urutan di bahagian perut boleh tingkatkan kesuburan wanita sekali gus ia akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Urutan Sweden

Teknik urutan Sweden antara salah satu bentuk urutan terapeutik yang paling popular kerana ia mampu memberi ketenangan. Teknik ini sering digunakan untuk merehatkan otot, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan.

Jadi, sekiranya anda ingin cepat hamil, boleh cuba gunakan urutan kesuburan ini.

Urutan Shiatsu

Urutan kesuburan yang terakhir adalah teknik shiatsu yang merupakan urutan tradisional Jepun dan menggunakan tekanan pada bahagian tertentu badan untuk menggalakkan keseimbangan.

Teknik ini dilakukan dengan menggunakan ibu jari, tapak tangan, siku, lutut atau kaki untuk memberi tekanan pada titik-titik akupresur tertentu.

Tekanan urutan ini dapat membantu melegakan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah selain merangsang sistem saraf dan sistem limfa.

Selain urutan kesuburan, pemakanan sihat juga memainkan peranan penting. Anda juga dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kedua-dua pasangan bagi mengenal pasti sebarang isu kesihatan yang boleh mempengaruhi keupayaan untuk hamil.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan jangan putus asa ya!

Baca juga: Teringin Bersalin Normal Lepas Beranak Czer, Tapi Kena Tahu Syarat Ini

Sumber: Pop Mama & Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×