40 Minggu

Teringin Bersalin Normal Lepas Beranak Czer, Tapi Kena Tahu Syarat Ini

6
SHARES
BERSALIN CZER

Seperti mana kita tahu setiap ibu pasti meletakkan bersalin czer sebagai pilihan kedua. Kebiasaanya, Pembedahan caesarean section (czer) dilakukan atas beberapa faktor demi menyelamatkan nyawa mommy dan anak.

Sekiranya diberikan rezeki untuk hamil lagi, ibu boleh bersalin secara normal namun perlu ketahui syarat-syaratnya agar tidak mendatangkan bahaya. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Prosedur & Dokumen Ambil Anak Angkat Di JKM, Proses Mudah Jika Lengkap Semuanya!

BERSALIN CZER BUKAN PENGHALANG IBU BERSALIN NORMAL

BERSALIN CZER

Sekiranya ibu berhasrat ingin bersalin secara normal selepas bersalin czer, ini adalah yang anda perlu tahu:

1. Pembedahan caesarean yang terdahulu bukan disebabkan oleh masalah proses kelahiran yang lambat akibat rahim tidak mengecut (dystocia).

2. Kehamilan sekarang tidak mempunyai masalah yang sama dengan kelahiran lalu yang memerlukan pembedahan Caesarean (contohnya posisi songsang- kaki keluar dahulu).

3. Pernah melakukan proses kelahiran secara normal sebelum ini

4. Proses kelahiran kali ini telah bermula dan rahim mula mengecut dengan baik serta pangkal rahim untuk jalan kelahiran mula membuka.

5. Ibu yang hamil berumur kurang dari 35 tahun.

6. BMI ibu kurang bacaan 30.

Walau bagaimanapun, sekiranya proses kelahiran secara normal membahayakan nyawa ibu dan anak, doktor akan memilih bersalin czer untuk keselamatan kedua-duanya.

Ramai doktor tidak mahu mengambil risiko dengan membenarkan ibu bersalin normal kerana ia mungkin boleh menyebabkan nyawa ibu dan anak dalam bahaya.

Antara sebab permintaan ibu untuk bersalin normal ditolak adalah kerana:

  • Ibu hamil terlalu obes
  • Wanita itu berumur lebih 35 tahun
  • Saiz bayi dalam kandungan yang besar melebihi 4.0 kg
  • Kehamilan melebihi 40 minggu

Selain itu, terdapat juga kelebihan bersalin secara normal selepas 1 pembedahan caesar iaitu:

  • Komplikasi dibandingkan dengan czer sangat kurang
  • Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
  • Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
  • Duduk hospital hanya sekejap
  • Senang nak mulakan breastfeeding

Perlu diingatkan agar ibu berbincang dengan doktor bersalin czer atau normal untuk kelahiran berikut. Hal ini kerana hanya doktor sahaja boleh membantu anda membuat keputusan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Najis Keluar Biji Kuning & Merengek Malam, Ini Tanda Bayi Beralih Bulan!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad & Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×