40 Minggu

Ini Yang Berlaku Pada Fizikal Ibu Lepas Bersalin, No 3 Itu Paling Ramai Alami!

PERUBAHAN FIZIKAL SELEPAS BERSALIN

Perubahan fizikal selepas bersalin sudah tentunya akan berlaku namun masih ramai lagi yang belum tahu mengenai 5 perubahan seperti yang disenaraikan oleh Dr Muhammad Izzat di laman Facebooknya.

Katanya, perubahan tersebut kurang didedahkan kepada ibu selepas bersalin dan ini membuatkan rata-rata terkejut apabila mengalaminya.

Baca juga: Ustaz Dedah Ikhtiar Hamil Guna Air Kelapa Bakar, Tak Salah Kalau Nak Cuba

5 PERUBAHAN FIZIKAL SELEPAS BERSALIN YANG IBU TAK TAHU

PERUBAHAN FIZIKAL SELEPAS BERSALIN

1. Merengat

Ini menandakan bahawa rahim sedang mengecut dan kembali kepada kedudukan serta saiz asal. Lagi ketara kalau tengah menyusu.

Ada orang describe rasa macam nak terberanak lagi, tapi tak adalah sampai macam itu sekali. Rasanya sama macam contraction pain/cramping pain. Kalau teruk sangat sakit, boleh makan normal painkillers.

2. Sembelit 

Sembelit boleh berlaku disebabkan perubahan hormon ketika mengandung di mana pergerakan usus menjadi perlahan dan boleh menyebabkan sembelit.

Tak kisah bersalin secara C-section atau vaginal delivery tetap sama. Sembelit ini lebih pronounce untuk ibu yang vaginal delivery yang ada episiotomy – nak berak pun takut, nak kencing pun takut.

Bertenang. Boleh sahaja nak berak macam biasa. Lebihkan air dan makanan berserat tinggi. Kalau masih tak jalan ada ubat sembelit yang boleh membantu.

3. Perut masih buncit

Walaupun bayi dah keluar tetapi lebihan lemak dan kulit akan menyebabkan perut masih lagi kelihatan buncit. Mengambil masa agak panjang untuk penurunan berat dan kembali kepada keadaan asal.

Ibu-ibu dinasihatkan agar buat senaman ringan, makan secara sihat dan beri anak susu badan secukupnya. Ingat ya, pakai bengkung sahaja tidak boleh kempiskan perut.

4. Buah dada bengkak

Ini antara perubahan biasa ketika berpantang. Anda disarankan agar sentiasa memerah susu, tuam sejuk dan panas berselang seli.

Payudara bengkak boleh mengakibatkan si ibu demam, jadi bila sakit sangat sehingga bernanah segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

5. Berpeluh malam

Sediakan tualai dan baju tidur lebih kerana sesetengah ibu berpantang akan mengalami masalah peluh berlebihan ketika malam. Perkara ini akan pulih sepenuhnya apabila hormon kembali normal.

Jadi ibu selepas bersalin jangan terkejut kalau alami 5 perubahan fizikal seperti di atas.

Jangan risau, semuanya normal sahaja. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jenis Bentuk Punggung Untuk Ibu Bersalin Normal, Mana Satu Senang Nak Beranak?

Sumber: Facebook Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×