Asuh

Mommy Jangan Stres Sangat…Guna 10 Teknik Pakar Kongsi Ini Supaya Anak SUKA Makan!

5
SHARES
ANAK TAK NAK MAKAN

Rata-rata ibu mengalami masalah anak tak nak makan dan susah untuk dipujuk. Hal ini sudah tentunya merisaukan kerana boleh mengganggu kesihatan mereka.

Jangan risau, berikut kami kongsi 10 tips ajar anak makan dan sudah tentunya berkesan!

Baca juga: Jaga Kucing Rupanya Boleh Rangsang Kemahiran Motor Anak, Memang Tak Sangka!

ANAK TAK NAK MAKAN, IBU AYAH CUBA GUNA 10 TIPS INI

ANAK TAK NAK MAKAN

1. Kecilkan saiz atau jumlah makanan

Beritahu anak bahawa boleh minta tambah jika mahu. Cara ini akan mengelakkan pembaziran makanan dan ibu tak stres.

2. Snek patut jadi ‘mini meal’

Pilih makanan ringan yang berkhasiat. Dengan cara ini, walau anak makan sikit atau hanya pilih makanan tertentu pada waktu makan, ibu akan lebih lega kerana masih ada nutrisi.

Walau bagaimanapun, jangan bagi snek setiap masa. Nanti anak tak makan berat.

3. Ibu ayah yang pilih lokasi makan

Kalau anak tak nak makan, cuba cara ketiga ini iaitu ibu ayah sendir kena pilih lokasi ketika makan. Jangan ikut kehendak anak seperti minta disuap sambil bermain.

4. Anak tak makan –  Jangan komen anak makan

Jangan beri komen negatif ketika anak sedang makan seperti:

“Sikitnya adik makan..?”

“Banyaknya adik makan oren”

“Lambatnya makan…”

Tapi, ingatkan si kecil untuk ‘dengar’ signal badannya sendiri. Tambah jika mahu dan berhenti bila dah kenyang.

5. Pilih menu yang anak boleh makan

Dinasihatkan agar memilih menu yang anak suka makan. Selain itu boleh juga cuba meletakkan makanan disukai bersama makanan yang belum si kecil minat.

6. Sediakan ‘no thank you bowl’

Cara seterusnya boleh digunakan sekiranya anak tak nak makan adalah sedia mangkuk. Ini bertujuan untuk meletakkan makanan yang si manja tidak suka.

Ingat, motif utama kita adalah buat anak rasa selamat untuk ‘explore’ makanan.

ANAK TAK NAK MAKAN

7. Tak apa kalau anak skip makan

Tak apa kalau anak tak nak makan kerana sentiasa ada waktu makan lain selepas ini. Tapi, jangan terus siapkan makanan anak bila dia mengadu lapar.

Boleh cuba ayat seperti di bawah:

“Ok thanks sebab bagitahu mak adik lapar. Jom habiskan main ni dulu. Kita makan lepas main.” 

8. Jangan ada label menu istimewa

Jangan sesekali berlebihan promosi sesetengah jenis makanan seperti:

”Hari ni kita ada menu special ayam grill. Lagi sedap dan sihat dari ayam goreng.”

9. Anak tak nak makan – jangan rasuah

“Kalau adik makan brokoli boleh dapat ayam popcorn” 

Ayat ini akan automatik sampaikan mesej pada anak bahawa ayam popcorn lagi best.

Jika anak minta selain yang kita masak, sebut: “Ayam popcorn memang sedap. Tapi hari ni kita makan brokoli dan ikan. Esok kita makan ayam popcorn. Adik nak makan masa tengahari atau malam?”

10. Set jangkaan betul

Anak 2 tahun misalnya tak boleh duduk diam habiskan makan lebih 15 minit. Untuk permulaan, set 4 hingga 5 minit untuk mereka siap makan dan benarkan beredar jika sudah tunjuk signal kenyang.

Jadi, diharapkan 10 tips di atas dapat mengatasi masalah anak tak nak makan. Usahlah stres sangat ya mommies!

Baca juga: Nak Elak Anak Tantrum Tak Kena Masa, Jom Buat 5 Perkara Ini, Barulah Si Kecil Gembira!

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×