Famili

Fakta Atau Auta Anak Bongsu Paling Manja Dalam Keluarga, Adakah Anda Orangnya?

10
SHARES
sifat anak bongsu

“Sifat anak bongsu memang manja..”

Ungkapan di atas sering kali kita dengar kerana sifat anak bongsu sememangnya sinonim dengan seorang yang manja dan lebih mendapat perhatian daripada ibu bapa.

Apakah faktor yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang terlampau manja? Ikuti penjelasannya di bawah. Anak bongsu memang wajib baca! Relate sangat…

Baca juga: Walaupun Ayah Garang, Tapi Banyak Benda Yang Anak Belajar Tentang Hidup

SIFAT ANAK BONGSU NI ORANG KATA MANJA SANGAT, HMM…

SIFAT ANAK BONGSU

Pada tahun 1927, ahli psikologi Alfred Adler menjadi orang yang pertama menulis tentang ciri-ciri anak mengikut turutan kelahiran mereka.

Menurutnya, anak bongsu disifatkan sebagai:

  • Suka bergaul dan bersosial
  • Berkeyakinan tinggi
  • Kreatif
  • Pandai menyelesaikan masalah
  • Pandai membuatkan orang lain membantu dirinya
  • Penyayang

Ciri-ciri negatif sifat anak bongsu adalah:

Baca juga: “Razzaq Ohh Razzaq…”- Rupanya Tak Semua Nama Allah Boleh Dijadikan Nama Anak

Pakar psikologi berpendapat kebanyakan ibu bapa lebih cenderung memanjakan anak bongsu berbanding anak-anak yang lain. Walau bagaimanapun, ada juga sifat anak bongsu yang lain tidak memiliki sifat manja kerana mengikut corak didikan.

Cara mendidik anak bongsu

Ibu ayah perlu pandai dalam mendidik dan melayan anak bongsu. Jangan terlalu memanjakan mereka kerana risau adik-beradik yang lain akan cemburu.

Berikut merupakan beberapa langkah yang anda boleh cuba lakukan:

1. Galakkan komunikasi

Apabila berlaku pergaduhan dan perselisihan faham, pastikan anak bongsu sentiasa bersuara. Jangan biarkan pergaduhan tanpa komunikasi dua hala.

2. Agihkan tugas & tanggungjawab dengan adil

Memberi tugasan yang sesuai boleh membantu meminimumkan persaingan.

3. Elakkan perbandingan

Jangan memanggil anak bongsu dengan panggilan manja seperti sayang dan baby kerana ini akan membuatkan mereka rasa lebih bertuah dan disayangi daripada adik-beradik lain.

4. Jangan selalu menyebelahi anak bongsu

Hanya kerana anak bongsu, ini tidak bermakna ibu ayah harus menyebelahi mereka sehingga membuatkan hati adik-beradik lain terguris.

5. Sayang setiap anak

Jangan buatkan anak yang lain rasa tidak istimewa dan tidak dihargai. Berikan layanan yang sama untuk setiap anak.

Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sifat anak bongsu seorang yang manja. Paling penting sekali adalah corak didikan ibu bapa kepada anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tengah Cari Nama Baby? Ini 100 Nama Bayi Perempuan Berasaskan Bunga. Comelnya!

Sumber: Heatlhline, Sehat & Choosing Therapy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×