Inspirasi

Cikgu Buat Eksperiman Guna Bunga, Makin Layu & Tak Subur Bila Dikeji

3
SHARES
KATA KATA SATU DOA

“Kata kata satu doa.”

Ungkapan di atas sering kali kita dengar dan perkara ini dapat dibuktikan menerusi perkongsian seorang guru di laman Facebooknya.

Hantaran Puan Fariza itu menyatakan bahawa dia melakukan eksperimen bersama anak murid dengan menggunakan bunga.

Baca juga: [VIDEO] Memang Luar Biasa! Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup

KATA KATA SATU DOA, CIKGU BUAT EKSPERIMEN GUNA BUNGA

KATA KATA SATU DOA

Jelasnya, idea ini timbul apabila anak murid kelasnya suka menggunakan bahasa yang agak kasar dan menyakitkan telinga. Jadi, setiap kali datang ke makmal sains, dia akan menyuruh pelajarnya untuk memuji pokok A dan mengeji pokok B.

“Setiap kali jiwa mereka tak tenteram, saya suruh mereka hamburkan dekat pokok B,” luahnya.

Akhirnya selepas 2 hingga 3 bulan kemudian, hasilnya adalah pokok A berbunga subur dan segar. Manakala pokok B daunnya seperti terkena penyakit dan tidak subur.

Ini baru pokok, lagi kan pula kalau kita puji manusia, pasti kembang dan subur hatinya mendengar kata-kata positif. Kalau kita keji dia hari-hari, maka mati lah jiwanya.

KATA KATA SATU DOA

Ternyata eksperimen yang dijalankan itu berjaya mengubah bahasa anak muridnya dan mereka tidak lagi sanggup untuk mengeji pokok tersebut.

Usaha yang dilakukan oleh Cikgu Fariza mendapat perhatian warganet dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri dengan komen positif.

Jadi, sama-sama lah ubah bahasa kita selepas ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Sticker Nama Guna Microsoft Words, Senang Nak Label Buku Sekolah Anak

Sumber: Facebook Fariza Abdul Kadir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×