Seperti mana kita tahu, seorang suami wajib memberi nafkah dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga namun nasib setiap orang berbeza-beza dan tidak semua orang bernasib baik. Terbaharu, tular di media sosial memaparkan video seorang bapa dan dua orang anak menaiki motosikal berada di stesen minyak.
Baca juga: Ibu Suruh Anak 9 Tahun Buat Pembedahan Plastik Supaya Lebih Cantik
AYAH TERPAKSA BIAR ANAK BERSILA DI LANTAI STESEN MINYAK
Menerusi video tersebut dapat dilihat si ayah sedang memegang tong putih untuk dipenuhkan dan seorang lagi anak duduk diam di atas motosikal yang penuh dengan barang.
Si bapa bertindak meletakkan bayi berkenaan bersila di lantai kerana mungkin bahaya dibiarkan di atas motosikal dan bahaya jika didukung sekali sewaktu mengisi minyak.
@gurl177 Bukan senang nk sekarang #fyp
Selain bayi comel itu, barangan yang dibeli oleh si bapa turut mendapat perhatian warganet iaitu pampers. Walaupun serba kekurangan, ia tidak menjadi penghalang untuk menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak tersayang.
Video tersebut sudah tentunya dibanjiri komen warganet dan rata-rata memberikan komen positif selain turut mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dilimpahi rezeki.
Sumber: TikTok Sueraya El