Kini Trending

Ibu Suruh Anak 9 Tahun Buat Pembedahan Plastik Supaya Lebih Cantik

2
SHARES

Di Jepun, ibu bernama Rucchi bertindak menyuruh anaknya yang berusia sembila tahun supaya membuat pembedahan plastik pada bahagian mata supaya kelihatan cantik.

Jelas wanita tersebut, dia mengalami trauma ketika kecil kerana dilahirkan tidak mempunyai dua kelopak mata dan memiliki dua kelopak mata merupakan standard kecantikan seseorang individu.

Baca juga: [VIDEO] Gara-Gara Tertinggal Sepapan Telur Di Homestay, Lepas Seminggu Dah Jadi Anak Itik!

IBU SURUH ANAK 9 TAHUN BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK

Oleh itu, dia menggalakkan anaknya, Micchi, untuk menjalani prosedur pembedahan plastik kerana pembedahan plastik dalam kalangan kanak-kanak dibenarkan dengan syarat mendapat kebenaran ibu bapa, lapor Daily Star.

“Jika boleh menahan rasa sakit ketika menjalani pembedahan plastik, anda akan menjadi seseorang yang jelita,” ujarnya,

Difahamkan juga ketika kecil, ibu dan adik Rucchi memiliki mata besar yang cantik manakala dia hanya mempunyai satu kelopak mata. Ia menjadikan adiknya lebih cantik daripada dirinya.

“Penduduk di kawasan kejiranan kami menganggap adik saya cantik dan memberikannya gula-gula dan mereka tidak pernah memberitahu perkara serupa kepada saya,” katanya.

Si ibu berpendapat seorang kanak-kanak perlu memiliki dua kelopok mata kerana menurutnya gadis dengan satu kelopak mata tidak kelihatan cantik.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×