Pemilik homestay di Pendang, Kedah, terkejut apabila telur yang ditinggalkan oleh pelanggan sebelumnya menetas jadi anak itik. Difahamkan telur itik tersebut digunakan untuk umpan memancing.
Menurut pemilik homestay, Zakaria Nazir, dia berkata itu merupakan pengalaman kali pertama sepanjang dia mengendalikan inap desa berkenaan.
Baca juga: Nak Pamer Di Kedai Sendiri, Jururawat Potong Kaki Pesakit
TERTINGGAL SEPAPAN TELUR DI HOMESTAY, LEPAS SEMINGGU JADI ANAK ITIK
Jelasnya, pada hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah tersebut dan tertinggal sepapan telur itik kampung. Pemilik telur berkenaan meminta Zakaria untuk menyimpan kerana akan kembali beberapa hari lagi.
Lain pula jadi apabila ada bau pelik ketika tuan rumah datang membuka dan melihat kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik.
@zakaria_nazir Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe
Jumlah anak itik yang hidup adalah 13 ekor, manakala hanya tujuh biji sahaja yang tidak menetas. Video yang dimuatnaik tular sehingga mencecah 813,200 penonton, 54,800 tanda suka dan 1,908 kongsian.
Rata-rata diruangan komen warganet terhibur dengan ideo berkenaan dan tidak sangka telur tersebut boleh menetas menjadi anak itik walaupun hanya ditinggalkan dalam tempoh seminggu.
Sumber: Kosmo & TikTok Zakaria Nasir