Kini Trending

Nak Pamer Di Kedai Sendiri, Jururawat Potong Kaki Pesakit

1
SHARES

Seorang jururawat di Amerika Syarikat bertindak memotong kaki seorang lelaki yang nazak untuk dipamerkan di sebuah kedai barangan awet milik keluarganya.

Jururawat bernama Mary K. Brown sepatutnya menjaga pesakit itu tetapi lain pula jadi apabila dia memilih untuk memotong kaki mangsa untuk kepentingan peribadi.

Baca juga: [VIDEO] Wanita Kecewa Anak Jiran Conteng Tembok Rumah, Loceng Pun Kena Pijak!

NAK PAMER DI KEDAI SENDIRI, JURURAWAT POTONG KAKI PESAKIT

Ketika kejadian berlaku mangsa menggengam erat tangannya dan mengerang semasa memotong kaki lelaki berkenaan. Brown berkata kepada jururawat lain bahawa dia ingin mempamerkan kaki itu dan tulis ‘pakai but anda, kanak-kanak.’

Dia didakwa atas tuduhan melakukan penderaan fizikal dengan niat, menyebabkan kecederaan dan memotong kaki mangsa tanpa kebenaran, lapor Daily Star.

Lelaki dimasukkan ke Pusat Kesihatan dan Pemulihan Valley di Spring Valley pada Mac lalu dengan kedua-dua kakinya mereput akibat ‘frostbite’.

Kaki mangsa tidak dapat diselamatkan dan Brown memberi alasan bahawa dia berniat baik terhadap lelaki itu dengan memotong kakinya.

Pada 6 Disember Brown akan dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman penjara maksimum 40 tahun sekiranya didapati bersalah.

Sumber: Daily Star 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×