Kini Trending

[VIDEO] Wanita Kecewa Anak Jiran Conteng Tembok Rumah, Loceng Pun Kena Pijak!

1
SHARES

Kehidupan berjiran memang kadang kala penuh dengan drama. Hal ini sama seperti yang dialami oleh seorang wanita dan tular di media sosial Indonesia. Dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan anak jiran menconteng tembok hadapan rumahnya yang baru sahaja diubah suai.

Baca juga: Trend Tidur Tutup Mulut Guna Pita Pelekat Bahaya, Jangan Cuba!

WANITA KECEWA ANAK JIRAN CONTENG TEMBOK RUMAH

Berdasarkan video di TikTok, lebih menyakitkan hati apabila ibu kanak-kanak tersebut tidak menegur perbuatan itu, bahkan membela sikap anaknya, lapor Wolipop.

“Saya baru sahaja mengubah suai rumah dengan keadaan yang cantik namun, sakit hati apabila melihat tembok hadapan rumah habis diconteng.

“Sudahlah cat yang dipakai bukan daripada jenis murah. Apabila ditegur anaknya, ibu bapanya akan marah kerana sebelum ini pun mereka membela si anak apabila kami menegur,” jelasnya.

Selain menconteng tembok, anak jirannya itu turut merosakkan loceng rumahnya yang dipasang pada pagar hadapan untuk memudahkan urusan penghantar bungkusan.

Dia terpaksa akur dengan sikap jiran yang tidak bertolak ansur dan tidak memahami. Sebagai ibu bapa, penting untuk menegur sikap anak supaya tidak merosakkkan harta benda orang lain.

Perkongsian wanita berkenaan sudah tentunya tular dan menjadi bualan netizen. Pelbagai komen diberikan dan mengharapkan agar sikap jirannya berubah.

VIDEO PENUH:

Sumber: Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×