Sihat

Trend Tidur Tutup Mulut Guna Pita Pelekat Bahaya, Jangan Cuba!

2
SHARES

Satu trend baharu popular di TikTok membuatkan orang ramai menutup mulut mereka menggunakan pita pelekat semasa tidur pada waktu malam merupakan tindakan bahaya. Tindakan itu dilakukan kerana untuk mengelakkan bernafas melalui mulut.

Tindakan tidak masuk akal itu menarik perhatian seorang pakar kesihatan dan memberi amaran agar orang ramai tidak melakukan trend itu.

Baca juga: Anak Selalu Sakit Tekak & Batuk? Doktor Kongsi Cara Rawat Guna Air Garam

TREND TIDUR TUTUP MULUT GUNA PITA PELEKAT BAHAYA

Jelasnya, perbuatan itu sangat bahaya untuk mereka yang mengalami gangguan pernafasan ketika tidur dan perlu mendapatkan nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mencubanya.

“Terdapat bukti terhad tentang faedah menutup mulut semasa tidur dan anda perlu berbincang dengan perunding kesihatan sebelum mencubanya,” kata profesor bersekutu perubatan klinikal di University of Southern California Keck School of Medicine, Dr. Raj Dasgupta kepada stesen penyiaran CNN.

Jika anda mengalami gangguan pernafasan ketika tidur dan mencubanya, ia akan menyebabkan nafas anda berhenti berulang-ulang kali.

Trend itu dilakukan kerana mahu kelihatan cantik walaupun sedang tidur. Tambahnya lagi, jika seseorang bernafas melalui mulut ketika tidur ia boleh mengakibatkan berdengkur, dahaga, mulut kering dan nafas berbau pada waktu pagi.

Bagi mengelakkan anda bernafas melalui mulut, anda boleh tidur dalam keadaan posisi telentang kerana ianya lebih selamat berbanding menggunakan pita pelekat.

Sumber: UPI News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×