Sihat

Anak Selalu Sakit Tekak & Batuk? Doktor Kongsi Cara Rawat Guna Air Garam

52
SHARES

PETUA HILANGKAN BATUK

Cuaca tidak menentu boleh menyebabkan demam, sakit tekak dan batuk. Sebagai ibu bapa pasti risau bila melihat si kecil jatuh sakit dan lebih merisaukan jika mereka memilih untuk tidak makan ubat yang diberikan oleh doktor.

Bagi melegakan masalah sakit tekak dan batuk, ibu bapa boleh cuba bancuh sendiri air garam di rumah seperti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari. Petua ini memang menjadi dan boleh diamalkan sekiranya sakit tekak dan batuk.

Baca juga: Anak Asyik Tak Sihat & Kalau Sakit Lambat Sembuh, Ibu Ayah Kena Amalkan 6 Petua Ini

ANAK SELALU SAKIT TEKAK & BATUK? DOKTOR KONGSI GUNA AIR GARAM

BATUK

Aduh, tiba-tiba anak start batuk-batuk dan selsema. Siap asyik mengadu tekak tak selesa. Makan pun dah mula kurang selera. Walaupun mungkin tak berapa teruk, tapi lumrah mak ayah tetap akan rasa susah hati dan bimbang.

Mungkin kalian boleh usahakan rawatan yang ini dulu di rumah.  Pergi ke dapur, dan kemudian siapkan larutan air garam. Saya kongsikan pada kalian cara sediakan larutan air garam ni mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).

1. Masak air terlebih dulu. Air yang tak dimasak boleh jadi ada spesis Ameoba dalam tu, tak pasal-pasal dapat jangkitan penyakit lain pulak nanti.

2. Air yang dah dimasak tadi, masukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam. Biarkan ia terlarut dan kemudian berikan masa untuk ia menyejuk.

3. Rasa dulu. Jika terlalu masin, kalian boleh saja tambah air lagi.

Untuk anak yang ada masalah selsema, ambil larutan air garam tadi lalu titiskan ke kedua-dua belah hidung. Air tu akan jadi agen untuk cairkan mukus pekat yang block saluran pernafasan.

Selain tu, yang bagusnya bila kita gunakan larutan air garam, sel tubuh akan manfaatkan klorida daripada garam untuk hasilkan hypoclorus acid. Hypoclorus acid ni lah akan jadi cecair peluntur untuk musnahkan virus!

Sekiranya ada sekali gejala sakit tekak dan batuk, ajar anak supaya kumur dengan larutan air garam yang kita buat tu sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tak selesa.

BANYAK MANFAAT & KURANG PENYEBARAN KUMAN

Dah ada penyelidik yang buat kajian pasal larutan air garam ni sebenarnya. Dia orang jumpa banyak sangat faedah yang kita boleh dapat daripada kaedah yang ringkas begini. Antaranya:

1. Kita dapat kurangkan risiko penyebaran kuman dan virus pada orang lain.

2. Penyembuhan berlaku lebih pantas selalunya dalam tempoh kurang 2 hari.

3. Dapat elakkan penyalahgunaan antibiotik.

4. Kos lebih jimat dan juga dapat elakkan daripada terpaksa dapatkan rawatan di klinik atau hospital.

5. Risiko berlaku komplikasi serius seperti pneumonia pun jadi lebih rendah.

Jika keadaan masih tak sembuh atau sakit berterusan walaupun dah usaha dengan cara ni, segeralah untuk bawa anak dapatkan pemeriksaan lanjut. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Dr. Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×