Sihat

Anak Asyik Tak Sihat & Kalau Sakit Lambat Sembuh, Ibu Ayah Kena Amalkan 6 Petua Ini

15
SHARES

Sebagai ibu bapa pasti risau dan tak tenang bila melihat si anak jatuh sakit dan ia berlarutan sehingga menganggu rutin harian. Pelbagai cara pasti di cuba untuk memastikan anak kembali sihat tetapi tetap juga tidak menjadi dan beransur pulih.

Untuk mengelakkan si anak sering jatuh sakit, ibu bapa sebenarnya kena sentiasa amalkan enam petua di bawah seperti yang dikongsi oleh Puan Mazliana Mazlan. Petua ketiga sangat penting dan sering dilupakan. Rugi!

Baca juga: Bunga Lengkuas Rupanya Anti Kanser Payudara, Baru Tahu…

ANAK ASYIK TAK SIHAT? IBU AYAH KENA AMALKAN 6 PETUA INI

Nak start dari mana? Anak kerap tak sihat. Anak batuk lambat sembuh. Anak demam selalu sangat. Ibu ayah asyik kena ambik cuti. Amalkan enam petua di bawah:

1. Banyakkan real food, buah sayur, lemak baik dan protein. Walau tak semua selamat dengan teknologi sekarang, tapi usaha kenalkan real food dengan anak itu perlu.

2. Kurangkan makanan tinggi proses, terutama untuk bayi. Elakkan nestum dan bubur instant untuk baby tau. Makanan macam ni, khasiat mungkin tak ada langsung.

3. Bawa anak bermain dengan matahari pagi sebelum pergi kerja atau petang selepas balik kerja. Cuba jadikan rutin, dan lihat kesannya. Kejap sangat, seminggu dua dah boleh nampak.

4. Biar anak bermain dengan alam, bersentuh dengan tanah. Boleh baiki emosi dan mood anak. Penting untuk imuniti yang lebih baik.

5. Tidur anak yang cukup, penting sangat untuk tingkatkan imuniti. Perlu untuk tubuh anak bekerja dengan baik setiap hari.

6. Elakkan penggunaan bahan kimia bertoksik terutama dari sabun, bedak dan minyak rambut yang setiap hari anak tak lepas guna.

Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×