Sihat

Bunga Lengkuas Rupanya Anti Kanser Payudara, Baru Tahu…

1.1K
SHARES

Pokok lengkuas banyak ditanam di persekitaran rumah kerana sifatnya memang mudah membiak walaupun di musim kering dan mudah dijaga.

Lazimnya, lengkuas digunakan dalam masakan tetapi sebenarnya bunga lengkuas juga boleh dijadikan ulam dan mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan diri seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.

Baca juga: Tak Makan Pelik Tapi Kenapa Kentut Bau Busuk? Sebab Ini Rupanya…

BUNGA LENGKUAS RUPANYA ANTI KANSER PAYUDARA, BARU TAHU

Dari segi perubatan tradisional, lengkuas biasa digunakan untuk masalah yang berkaitan sistem penghadaman dan jangkitan kulat.

Bahan berkhasiat utama rhizom lengkuas dikenali sebagai ACA atau ‘acetoxychavicol asetat’. Bahan ini juga didapati dalam biji lengkuas. Bahan ini mempunyai peranan penting untuk mencegah penyakit kanser, masalah obesiti, masalah diabetes dan masalah gangguan saraf.

Kajian menggunakan tabung uji dan kajian ke atas tikus menunjukkan bahan ACA bertindak sebagai antikanser usus besar, antileukemia, antikanser payudara, antikanser prostat dan antikanser serviks.

Bahan ACA juga boleh bertindak untuk masalah asma. Kajian lengkuas sebelum ini lebih tertumpu pada rhizom tetapi jarang kajian dilakukan pada bunga. Bunga lengkuas mempunyai rasa sedikit pedas (seperti ‘wasabi’). Biasanya bunga lengkuas dimakan sebagai ulam.

Kajian yang dilakukan di University of Florida, USA mendapati bunga lengkuas lebih tinggi khasiat berbanding rizom lengkuas. Bahan berkhasiat dalam bunga lengkuas juga berbeza berbanding rhizom lengkuas. Bahan berkhasiat tertinggi dalam bunga lengkuas dikenal pasti sebagai AEA atau ‘1′-acetoxyeugenol asetat’.

Kajian yang dilakukan di Fakulti Sains, Universiti Malaya mendapati bahan AEA lebih kuat melawan sel kanser payudara berbanding bahan ACA.

Bahan AEA juga merupakan antibakteria yang kuat. Walaubagaimanapun, kajian klinikal perlu dilakukan untuk lebih memahami tentang potensi bunga lengkuas sebagai bahan perisa makanan yang mempunyai nilai perubatan.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×