Sihat

Tak Makan Pelik Tapi Kenapa Kentut Bau Busuk? Sebab Ini Rupanya…

56
SHARES

“Busuknya bau kentut awak ni. Eee…”

Macam biasa, kalau bau kentut sudah tentunya busuk dan tidak pernah berbau wangi. Pernah tak anda terfikir kenapa bau kentut busuk? Tak makan banyak tetapi tetap busuk. Aduh pelik!

Bahaya juga sebenarnya kerana ia juga mungkin disebabkan penyakit dan beberapa faktor lain menyebabkan kentut busuk seperti perkongsian Dr Khairul Hafidz di laman Twitternya. Ikuti penerangannya di bawah.

Baca juga: Penghidap Kanser Ovari Nak Makan & Minum Apa Yang Sesuai? Ada Pantang Ke?

TAK MAKAN PELIK TAPI KENAPA KENTUT BAU BUSUK?

 kentut

1. Makanan tinggi serat

Makanan tinggi serat mengambil masa yang lebih lama untuk makanan ini terurai dalam sistem pencernaan, jadi makanan tersebut akan menapai (fermented). Makanan berserat tinggi juga kadangkala berbau, yg bermaksud kentut kita mungkin berbau juga

Gas anda mungkin berbau seperti telur busuk kerana sulfur dalam makanan kaya serat. Sulfur adalah sebatian semula jadi yang berbau seperti telur rosak. Banyak sayur-sayuran punya sulfur.

2. Intoleransi terhadap makanan

kentut

Jika kita mempunyai sensitiviti atau tindak balas terhadap makanan tertentu, gas anda mungkin mempunyai bau busuk. Sebagai contoh, orang yang mempunyai intoleransi laktosa tidak dapat memecahkan laktosa gula.

Akibatnya, laktosa akan ditapai oleh bakteria dalam usus. Gas yang keluar akan berbau. Gangguan berkaitan gluten juga boleh menyebabkan kentut berbau.

3. Ubat

Walaupun jarang, ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan kembung perut berbau. Antibiotik membunuh patogen berbahaya dalam badan, tetapi ia juga boleh memusnahkan beberapa bakteria “baik” dalam perut anda, yang membantu penghadaman. Tanpa bakteria ini, gas akan berbau.

4. Sembelit

Sembelit menunjukkan bahawa kita mempunyai pengumpulan najis dalam kolon. Jika kita tidak boleh membuang air besar dengan kerap, ia boleh menyebabkan bakteria dan bau berkembang. Jadi kentut akan berbau busuk.

5. Pembentukan bakteria dan jangkitan saluran pencernaan

Sesetengah bakteria boleh menyebabkan jangkitan pada usus dan saluran pencernaan. Ini boleh menyebabkan isipadu gas yang lebih tinggi daripada biasa dan bau yang kuat.

kentut

6. Kanser kolon

Penyebab kentut berbau yang lebih jarang berlaku ialah kanser kolon. Apabila polip atau tumor terbentuk dalam saluran pencernaan, ia boleh menyebabkan menutup separa ruang pencernaan yang mengakibatkan pembentukan gas dan kembung.

Sumber: Twitter Khairul Hafidz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×