Asuh

Kalau Tak Nak Anak Keras Hati, Ini 10 Cara Didikan Kena Elak

79
SHARES

Mendidik anak bukanlah perkara mudah kerana pelbagai cabaran perlu dilalui oleh ibu bapa lebih-lebih lagi pada zaman serba moden ini. Kalau salah didik, anak jadi keras hati dan tidak mahu dengar cakap sehingga berlaku pergaduhan antara si anak dan ibu bapa.

Jadi, pastikan ibu bapa tidak mendidik anak seperti 10 cara di bawah supaya anak tak keras hati tetapi mendengar kata ibu ayah. Kesian anak-anak kalau salah didik.

Baca juga: 5 Tips Atasi Masalah ‘Separation Anxiety’ Anak, Tinggal Kejap Dah Nangis

KALAU TAK NAK ANAK KERAS HATI, INI 10 CARA DIDIKAN KENA ELAK

Kalau tak nak anak jadi keras hati tolong jangan buat 10 didikan ini:

1. Guna kekerasan 

Terlalu keras dalam mendidik. Bengis, kasar dan tidak langsung berlembut ketika bercakap pada anak.

2. Banyak merungut 

Jarang beri solusi atau harapan sebalik asyik merungut setiap kali anak buat kesilapan.

3. Kasar dalam berkata-kata 

Kau, aku, tak geti bahasa dan macam-macam lagi perkataan kasar yang kita sendiri akan terasa hati apabila ibu ayah kita cakap pada kita.

4. Kerap menempelak 

Suka mengungkit-ungkit kesilapan anak yang lalu dan mencela apa yang telah dia lakukan.

5. Mendera 

Penderaan secara fizikal, emosi dan mental. Anak yang kerap rasa tertekan dan rasa tak tenteram juga adalah satu penderaan.

6. Jarang mendengar 

Anak yang rasa tidak di dengari oleh ibu ayah akan membentuk emosi terpendam & unsettle emotion dalam dirinya. Ketika anak mengadu atau meluah pasang telinga dan dengar betul-betul.

7. Gaslighting 

Menafikan apa yang anak rasa dan apa yang anak perlukan. Anak menangis kata lembik, anak suka berkepit di kata rimas dan anak tak boleh berpisah di kata penakut.

8. Stonewalling 

Ketika anak panggil untuk tunjuk hasil lukisannya, kita tak pandang. Leka dengan telefon, televisyen atau berborak dengan kawan.

9. Terlalu memaksa

Biasa terjadi bila kita letak high expectation sangat pada anak. Jangan memaksa anak buat sesuatu yang di luar kemampuannya.

10. Terlalu perfectionist 

Tak boleh cacat sikit hasil kerjanya, mesti di suruh buat balik. Tulis A B C senget tak cantik, kena padam buat semula. Cacat sikit tak apa, nama pun proses belajar.

Dalam mendidik anak-anak bukan perfect yang kita kejar tapi progress. Kalau sehari anak boleh mahir 1 skil, setahun 365 skil anak kita dapat mahirkan. Percayalah, anak lembut hati kita pun senang hati. Semua orang gembira.

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×