Famili

[VIDEO] Memang Luar Biasa! Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup

58
SHARES
sambutan hari guru

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh penting bagi insan yang bergelar guru. Lazimnya, setiap sekolah akan melakukan sambutan Hari Guru untuk menghargai jasa baik mereka dalam mendidik anak murid.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap murid akan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru mereka. Namun perbezaan hadiah ini membuatkan seorang murid lelaki tular di aplikasi TikTok dan mendapat tumpuan ramai. Kenapa pula tu?

Baca juga: 5 Tahun Tak Dapat Beraya Bersama Keluarga, Pelajar Mesir Kongsi Pengalaman Di Perantauan

HADIAH SAMBUTAN HARI GURU BUDAK LELAKI INI CURI TUMPUAN

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Nazmi Azeri itu, dapat dilihat gelagat seorang budak lelaki memakai baju melayu berwarna hijau memeluk kotak.

Rupa-rupanya, di dalam kotak itu ada seekor ayam hutan hidup yang dijadikan hadiah untuk diberikan kepada cikgu kesayangannya. Wah. kreatif betul hadiah adik ni, memang lain daripada lain.

“Bagi ayam hutan, hadiah paling rare,” luah cikgu di bahagian kapsyen.

Video berdurasi hanya 12 saat itu mendapat 1.2 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet yang turut terhibur dengan idea hadiah tersebut.

Selain itu, ada juga guru yang berkongsi pengalaman hadiah-hadiah yang diterima sebelum ini. Antaranya adalah pasu bunga, pokok keladi dan lain-lain.

VIDEO PENUH: 

@nazmiazeri

Just a throwback.Hadiah paling RARE. #hariguru #sekolah

♬ original sound – nazmiazeri – nazmiazeri

*Hebat la adik ni..

Sumber: TikTok Nazmi Azeri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×