DIY & Kraf

Tak Perlu Bajet Besar, Jom Buat DIY Kit Alat Tulis Sempena Hari Guru Nanti..Sayang Cikgu!

84
SHARES
hadiah hari guru

“Nak bagi hadiah Hari Guru apa ni, tak lama dah nak sambut dekat sekolah anak tu..”

Penghargaan kepada guru-guru di sekolah bukannya datang daripada murid sahaja tapi ibu bapa juga turut memberikan hadiah dan bersemangat nak sediakan hadiah penghargaan sempena sambutan Hari Guru, barulah anak-anak akan dilatih untuk memupuk rasa sayang dan berterima kasih kepada pendidik mereka.

Jadi, tak perlu hadiah yang mahal-mahal kerana hadiah yang diberikan secara DIY ini sudah pastinya lebih bermakna kepada guru-guru di sekolah. Tambah pula kalau hadiah yang diberikan boleh digunakan semasa mengajar, lagi seronok!

Baca juga: Tak Payah Beli Baharu, Ini Cara Nak Hilangkan Kesan Kuning Kunyit Dekat Blender Lama

DIY HADIAH HARI GURU, BUAT KIT ALAT TULIS

Jadi, seorang ibu dikenali sebagai Hani Mynis berkongsikan hadiah DIY yang sangat mudah disediakan dan tidak memakan bajet yang tinggi. Hadiah ini pun boleh digunakan terus untuk para guru menyemak kerta peperiksaan murid juga nanti!

hadiah hari guru

Alhamdulillah, setel hadiah hari guru untuk tahun ni. Setel awal tak kalut. Untuk tahun ni hani masih kekalkan tema yang sama iaitu kit alat tulis untuk cikgu-cikgu Aqil. Sememangnya, bagi hani hadiah ni paling praktikal untuk cikgu-cikgu dan pada masa yg sama, murah dan senang untuk hani sediakan.

Kali ini, semua alat tulis ni hani masukkan dalam botol air. Semua alat tulis hani beli di Eco je. Tambahan hani masukkan set straw stainless steel je hani beli di Shopee . Antara alat tulis yang hani letak (dan cadangkan untuk letak):

hadiah hari guru

– pen merah
– pen hitam/biru
– whiteboard marker pen
– mini stapler
– correction liquid/ correction tape
– klip kertas/binder clip
– gam

Kos alat tulis untuk lapan orang cikgu= RM50.40 (Satu set RM6.30). Harga set straw rm4 / set di Shopee.

Semoga cikgu-cikgu Aqil berbesar hati terima pemberian Aqil untuk tahun ni. Semoga ibu bapa dapat sedikit idea dalam perkongsian hani kali ini ya. Semoga bermanfaat!

ELAK BERI HADIAH DALAM KATEGORI INI, ADA IDEA LAIN YANG MENARIK

Bukan itu sahaja, ibu ini turut berkongsikan beberapa idea hadiah lain yang sesuai diberikan sempena Hari Guru. Macam menarik juga semuanya!

1.Clip Fan

2.Kipas tangan

3.Sejadah mini

4.Telekung travel

5.Tasbih digital

6.Jewellery box

7.Cermin mini

8.Tuala mandi/tuala muka

9.Penanda Al-Quran

hadiah hari guru

Namun, tak semestinya kena bagi hadiah-hadiah begini untuk cikgu-cikgu rasa dihargai. Kadang-kadang sekeping kad ucapan tulisan dari hati pun rasa dihargai sangat. Kalau boleh, kali ini juga kita elakkan berikan hadiah di bawah kategori ini:

Anyway, dalam perkongsian ni hani kongsikan juga beberapa hadiah yang kalau boleh dielakkan. Actually bukan sebab harga sebab untuk harga yang sama boleh je belikan even sebatang pen marker. Pendapat hani kalau kita berikan hadiah pada seseorang, elok kita berikan benda yang boleh dia guna atau pun paling praktikal. Sebab selagi dia guna barang tu insyaAllah saham pahala untuk kita juga ada. Win-win gitu.

1.Mug : Actually bukan sebab mug tu tak boleh digunakan, tapi selalunya hadiah mug ni paling popular sampai satu tahap ada cikgu yang dapat 5 mug sekali gus. Mug tahun-tahunlepas masih ada lagi ni tak guna lagi. Last-last jadi tempat simpan habuk dalam almari. Kalau dapat cikgu yang sejenis minimalis lagi serba salah pulak cikgu dibuatnya, so paling selamat, elakkan beri mug ya.

2. Apa-apa sahaja barang dekorasi contohnya macam wall art: Yang ada quote teacher day tu sebab purposenya memang semata-mata untuk dekorasi. Kadang-kadang kita pun tak tahu taste cikgu nak hias meja atau rumah dia kan.

3. Apa-apa sahaja barang peribadi seperti baju, tudung, minyak wangi: Melainkan kita betul-betul tahu jenis tudung yang cikgu pakai (shawl, bawal, tudung labuh: labuh mana, material apa, warna apa), saiz baju cikgu (salah saiz serba salah pulak dua-dua pihak), bauan kegemaran spesifik. Jangan serabutkan kepala. Elakkan beli barang peribadi ya.

*Selamat Hari Guru!

Sumber: Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×