“Arghh malasnya! Tak ada ke cara lipat baju yang mudah?”
Menjadi cabaran buat sesiapa sahaja setelah selesai mengeringkan baju, inilah masanya untuk anda mengerah tenaga melipat pula baju tersebut. Rutin ini merupakan antara yang paling malas sekali dilakukan terutama bagi seorang ibu apabila terpaksa melipat kain baju yang menggunung!
Bukan itu sahaja, ruangan penyimpanan baju pula tak muat gara-gara asyik sumbat sahaja kain baju tersebut. Oleh itu, anda kena cuba cara yang lebih santai untuk memastikan baju yang dilipat bukan sahaja kemas, rapi dan cukup disimpan dalam ruang malah anda pun tak stres.
CARA LIPAT BAJU DENGAN SANTAI TAPI KEMAS
Pernah tak korang.. kononnya nak lipat pakaian, pastu sumbat pakaian yang nak dilipat tu dalam bakul.. tapi tiba-tiba ada hal & tak sempat nak lipat pun. Last-last pakaian ronyok & berkedut-kedut jadinya.
Sebelum ni, saya selalu juga jadi macam tu..Memang sidai pakaian guna hanger je sebab ruang beranda sempit. Lepas angkat jemuran, biasanya saya gantung je dulu kat bilik belakang. Bila nak lipat nanti, baru transfer masuk bakul. Tapi selalu sangat.. baru dapat lipat sikit anak dah meragam la, tak sihat la, tiba-tiba ada urusan lain la.. Kadang lepas beberapa hari baru dapat lipat.
1.Lipat baju secara santai sebelum transfer dalam bakul kain
Since dah banyak kali sangat jadi macam tu, sekarang ni mesti lipat dulu sebelum transfer pakaian dalam bakul kain. Lipat lebih kurang atau secara santai je tanpa kalih atau betulkan luar dalam baju. Sekurang-kurangnyanya pakaian tak jadi berkedut-kedut akibat sumbat je semua..
2.Lipat saiz pakaian mengikut saiz ruang
Saya suka lipat pakaian atau fabrik bergantung pada saiz ruang almari. Maklumlah, rumah saya ni kecil je, nak beli almari pun kena saiz sederhana tak boleh besar-besar. Untuk almari dengan ruang sederhana, lipatan macam biasa je. Tapi bagi almari dengan ruang yang kecil, lipatannya perlu dikecilkan sikit sesuai dengan ruang yang ada. Macam tu juga kalau ruang lebih besar. Boleh adjust saiz lipatan tu jadi lebih lebar.
Kalau korang ada masalah ruang almari yang limited, saiz lipatan mainkan peranan penting tau. Contohnya kalau almari dengan ruang sederhana, tapi korang lipat pakaian dengan saiz kecil – akan ada banyak ruang-ruang kosong dekat tepi & ruang tak dapat digunakan sepenuhnya. Bukan tu je, paras lipatan tadi juga jadi lebih tinggi. Untuk ruang sederhana, lebih sesuai gunakan saiz lipatan yang lebih lebar supaya dapat gunakan semua ruang yang ada.
(Boleh tengok gambar untuk lebih paham).
Sesetengah orang suka dirikan baju-baju dalam drawer (teknik Kon Marie), tapi saya kurang gemar sebab walaupun nampak kemas..tapi tetap ada kontranya. Kain yang lembut mudah jatuh & teknik ni hanya sesuai untuk drawer yang jenis tak terlalu dalam jer. Kalau korang guna rak atau drawer plastik misalnya.. banyak ruang kosong di bahagian atas yang tak digunakan dan tak dapat muat banyak baju gak..
3. Lipat semuanya menjadi segi empat tepat!
Kalau korang sejenis perfectionist atau sukakan kekemasan atau ada masalah ruang macam saya ni (yang geng sila angkat tangan sikit), sebaik-baiknya lipat semuanya jadi segi empat untuk jimatkan ruang (melainkan tudung dengan awning keras, pakaian dalam, etc yang memang tak boleh ditukar bentuk lipatannya).
Lipatan segi empat bukan setakat lebih stabil (tak mudah terjatuh bila ditindih) tapi lebih kemas juga. So ruang yang limited pun takdelah nampak serabut je akibat ada lipatan segi tiga, ada lipat gulung-gulung, ada lipat membujur layu bagai. Saya ni tudung dengan awning lembut pun semua lipat jadi segi empat.. Helok la sikit nampak time simpan tu.
Selamat melipat baju!
Sumber: Yatie Eimra