Percutian

4 Benda Penting Anda Kena Beli Untuk Travel, Kebersihan Terjaga & Beg Pun Tak Berat

17.2K
SHARES

“Apa lagi barang kelengkapan yang aku nak bawa pergi travel ni?”

Setiap kali pergi melancong, ada saja pelbagai barang yang kita nak bawa. Kalau boleh, satu rumah pun nak diangkut sekali di dalam beg roda. Namun, menghadkan barang kelengkapan amatlah disarankan supaya dapat memudahkan pergerakan anda dan paling penting sekali tak perlu bayar kos ‘baggage’ yang tinggi.

Jadi, ini adalah 4 barang wajib anda bawa apabila melancong supaya bukan sahaja kebersihan terjaga, beg pun tak berat!

4 benda MUST BUY untuk memudahkan anda ketika travel

1) Toilet cover Pad

Abam ni jenis mengutamakan kebersihan, suka jenis toilet yang duduk berbanding yang cangkung tu. Tapi bila tyme travel, masuk ja toilet depa, nampak bekas kasut kat cover toilet tu, harei sungguh.. geli oi.. basuh jirus dengan ayaq pastu lap dengan tisu pun masih risau dengan tahap kebersihan cover toilet tu..

kadang2, dok pikiaq jugak sapa la yang duduk atas jamban ni, buat pungkok dia ada kurap, kudis, kayap, panau mampoihhh cheq.. boleh berjangkit tu.

Solusinya, abam beli toilet cover pad ni, 1 bungkus ada 10pcs, harga rm1 ja beli shoppe.. so beli la banyak2 buat bekalan hahha

2) Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1

Ni baguih untuk orang yang tak suka bawak banyak2 liquid bottle masuk dalam bag.. ada 4 botol refil dia bagi.. ampa boleh isi dalam tu dan masukkan dalam portable pressing bottle dia, pulas ja mana yang nak guna dan tekan, teruih keluaq liquid tu..
senang bukan.. bukan tu je, bottle portable ni lepas kalau hand carry, so x perlu check in lungage sebab botol refil dia bawah 100ml..

Suggestion liquid :

– lotion

– perfumes

– toner

– makeup remover

– day cream or night cream

– sunblock

– dan macam-macam la selagi ianya liquid boleh jaa

Kat shoppe harga dalam rm10-15 cam tu

3) Travel Storage resealable vacuum bag

Okay yang ni memang best.. boleh jimat ruang lunggage ampa, boleh boh banyak2 baju xdak masalah..Baju yang tebal2 macam jacket winter tu, towel, dan baju2 yang lain boleh jadi senipis bawang tau.

Kat shoppe ja beli..Harga pun x mahal, vacuum dia saja baru rm2-rm4, storage bag dia ikut size, harga dari rm2 hingga rm5

4) Hanger portable

Yang ni abam penah post sebelum ni, takpa abam up lagi skali. Benda ni tak kurang pentingnya sebab bila kat hotel kita menginap tu, hanger yang sedia ada x banyak pun.. lebih kurang 3-4 pcs ja..Nak hanger baju, jaket, boxer apa semua tak cukup.. tambah2 ada bini pulak, memang depa konker habis.. berhuhu la kita ni..

Jadi solusinya abam beli hanger portable ni, boleh lipat jadi kecik boleh masuk dalam bag ja, jimat space, takkan nak bawak hanger yang kat rumah plak, besaq tu makan ruang bag kita.. hahha. Beli kat shoppe rm1 ja, beli la banyak-banyak, boleh jugak pakai kat rumah, time baju tak sidai tu boleh lipat simpan tak la menyemak tengok.

Okay itu sahaja 4 benda yang abam nak kongsikan.. banyak lagi benda yang boleh katakan smart travel, tapi rasanya banyak dah orang tau.. hahha. Semoga bermanfaat dan semoga seller tak naikkan harga.

Sumber : Ben Amir Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×