DIY & Kraf

Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Setiap Kali Basuh Jadi Baru Dari Pakar Dobi Jepun

1.9K
SHARES

Antara pakaian yang paling selesa dipakai oleh orang ramai adalah baju t-shirt. Mempunyai material kain yang selesa dan sesuai dipakai ke mana sahaja menjadikan pakaian ini sangat easy to go. Namun, bila sudah lama pakai baju t-shirt dan dibasuh banyak kali, antara kawasan baju yang mudah terjejas adalah di kawasan leher. Mulalah leher baju rasa menggelebeh dan akan buat anda nampak tidak kemas.

Jadi, terdapat solusi untuk anda memperbaiki masalah ini dan menjadikan baju tersebut kembali baru. Jom ikut tips dari pakar dobi Jepun ini!

Bahan yang anda perlukan

-Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk.

-Seterika

-Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.

Langkah-langkah

1.Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam magkuk berisi ais kiub.

2. Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.

3. Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak.

4. Seterusnya, seterika bahagian leher baju atau neckline menghala ke atas baju.

5. Letakkan T-Shirt pada permukaan rata sehingga kering.

6. Siap! Nampak tak leher baju dah macam baru. Tak ada gelebeh-gelebeh.

Sumber: Teeper

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×