Deko & Hias

Kemas & Pantas, Ini Teknik Lipat Baju Cara Marie Kondo Guna ‘KonMari Method’

5.2K
SHARES

“Argh! Macam mana aku nak kemas dan lipat baju elok-elok ni? Nak try cara KonMari Method tak menjadi!”

APA ITU KONMARI METHOD?

Marie Kondo merupakan nama yang sering disebut-sebut sejak kebelakangan ini. Merupakan seorang wanita yang berasal dari Jepun, Marie Kondo mula popular dan menjadi bualan ramai dengan salah satu kaedah mengemas rumah dan melipat baju yang sangat efektif. Teknik yang digunakan adalah KonMari Method dimana teknik ini memperincikan kekemasan barangan keperluan anda. Dengan mengamalkan teknik KonMari, ini adalah 6 peraturan asas yang anda perlu ikut :

1. Mempunyai masa atau commit dengan aktiviti mengemas

2. Bayangkan ruang rumah anda dengan gaya hiasan yang diidamkan

3. Buang barangan yang tidak diperlukan. Sebelum membuangnya, ucapkan terima kasih kepada barangan tersebut dahulu.

4. Kemas ikut kategori.

5. Ikut turutan ketika mengemas. Jangan terburu-buru.

6. Tanya kepada diri sendiri jika cara mengemas anda mendatangkan kegembiraan atau tidak.

MARIE KONDO DAH ADA RANCANGAN SENDIRI

Bukan sahaja beliau popular dengan penerbitan buku The Life Changing Magic of Tidying Up, kini Marie Kondo sudah mempunyai rancangan realiti sendiri yang bertajuk Tidying Life with Marie Kondo.

Memang menarik kerana beliau turut membantu ramai orang di dalam rancangan ini mengemas dan menyusun kembali pakaian mereka. Kalau tengok sebelum dan selepas memang lain!

LIPAT BAJU DENGAN KEMAS MACAM MARIE KONDO

Yang paling mendapat perhatian adalah cara yang ditunjukkan oleh Marie Kondo semasa melipat baju. Dengan menggunakan teknik lipatan yang betul, sebenarnya baju anda yang dilipat tersebut boleh berdiri dengan sendiri!

Satu lagi elemen penting selepas melipat baju mengikut kaedah ini adalah penjimatan ruang yang extra! Anda akan mendapati ruang almari atau laci akan lebih mempunyai ruang dari kebiasaan. Selain itu, bonus jika anda rajin untuk melipat dan menyusun mengikut warna pakaian akan bertambah kemas dan cantik penyusunan pakaian dalam almari.

*Jom cuba kemas dan lipat baju macam ini jugak!

Sumber : GoodHousekeeping

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×