Deko & Hias

Jangan Buang Uncang Gel Silika, Ini 5 Kegunaannya Yang Wow!

98
SHARES

Setiap kali kita ‘shopping’ kasut atau beg tangan, pasti kita akan jumpa beberapa paket gel silika dalam kotak tersebut bukan? Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa gel silika ini mempunyai banyak manfaat dan kegunaannya. Jadi, jangan buang dulu gel silika tersebut kerana anda mungkin memerlukannya!

Baca juga: Kemas & Pantas, Ini Teknik Lipat Baju Cara Marie Kondo Guna ‘Konmari Method’

JANGAN BUANG GEL SILIKA, INI LIMA KEGUNAANNYA YANG WOW!

Selalunya bila anda membeli kasut baru, anda mesti akan terjumpa uncang gel silika dalam kotak kan? Apa yang anda buat dengan uncang gel silika? Buang? Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya:

1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak peralatan tukang anda daripada menjadi berkarat.

2. Cermin depan kereta selalu berkabus pagi-pagi? Letakkan beberapa uncang gel silika di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.

3. Letakkan uncang gel silika ke dalam kasut (terutamanya kasut sukan) untuk menyerap bau busuk dan hapak.

4. Ada buku yang basah dan perlu dijemur? Tak payah susah-susah jemur. Letakkan sahaja beberapa uncang gel silika di beberapa helaian yang basah. Kemudian tutup buku tersebut. Dalam masa 24 jam, buku anda akan kering semula.

5. Ada kamera dan takut kamera cepat rosak bila beg kamera terkena hujan? Letakkan beberapa uncang gel silika dalam poket beg kamera anda untuk memanjangkan hayat kamera anda.

*Okay jom cari balik gel silika dalam kotak kasut tu!

Sumber: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×