DIY & Kraf

Lipat Baju Bayi Guna Teknik ‘Tuck In’ Supaya Tak Mudah Terlerai, Kemas & Jimat Ruang

157
SHARES

Lipatan baju yang kemas dan tidak mudah terlerai ternyata bukan perkara mudah untk dilakukan. Jika cara lipatan baju tidak betul, kemungkinan besar anda perlu melipat baju-baju tersebut selepas anda mengambil sehelai baju. Hal ini kerana lipatan anda tidak kemas dan mudah terlerai!

Jadi, jom kita ikut cara lipatan baju menggunakan teknik ‘tuck in’ supaya hidup ibu-ibu di luar sana jadi lebuh mudah!

TEKNIK LIPATAN BAJU CARA ‘TUCK IN’

Lipat baju baby cara saya. Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.

Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula je.. Dah tak payah penat-penat lipat balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu. Sesaja share, mungkin ada kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10 minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi. Rajin pulak aku update nih. Harap-harap bermanfaat buat kawan-kawan dan ibu-ibu muda di luar sana.

Artikel berkaitan : Kemas & Pantas, Ini Teknik Lipat Baju Cara Marie Kondo Guna ‘Konmari Method’

Ni pulak cara lipat. Butangkan butang paling atas dan bawah.. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.

Terbalikkan baju.

Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju.

Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju

Lipat lagi sebelah..

Lipat 1/3 baju..Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.

Dah siap dan kemaskan lipatan. Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang..

Boleh didirikan ikut suka

Baju petang dan malam.. Baris depan; baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tengah dan belakang; baju lengan panjang+seluar panjang.  Susun la ikut kreativiti & citarasa masing-masing..yang penting nampak kemas, teratur dan MUDAH DIAKSES!

Sumber : Ojie Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×