Kini Trending

‘Sangat Praktikal!’- Cikgu Tadika Dipuji Buat Simulasi Penculikan Untuk Anak Murid, Macam Real!

141
SHARES

Sejak kebelakangan ini, seringkali kita mendengar kes yang melibatkan aktiviti penculikan dalam kalangan kanak-kanak. Bukan sahaja di sekolah, lokasi lain yang menjadi tumpuan penjenayah ini adalah tadika dan rumah asuhan. Hal ini kerana, anak-anak yang lebih kecil mudah terpengaruh dengan ‘godaan’ hanya berumpankan gula-gula.

Oleh itu, satu inisiatif dari sebuah tadika ini apabila tenaga pengajar membuat simulasi penculikan bagi melatih anak murid supaya tidak terpedaya dengan ajakan orang yang tidak dikenali. Bagus!

Baca juga: Ayah Meninggal Dunia 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen, Anak Tetap Hadir Terima Skrol

CIKGU TADIKA DIPUJI BUAT SIMULASI PENCULIKAN UNTUK ANAK MURID

Viral di laman media sosial Tiktok milik @umi.maisarah94 yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah tadika, memaparkan teknik pembelajaran yang menarik untuk anak murid. Apa yang dilakukan adalah dengan mengadakan satu simulasi penculikan yang bertindak untuk melatih anak-anak di tadika tersebut.

@umi.maisarah94

Simulasi penculikan tpqch #fyp #fypシ #trending #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Tambah menarik lagi adalah, penculik yang hadir ketika simulasi tersebut merupakan teknik penyamaran dari guru-guru di tadika itu sendiri. Usaha yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar ternyata membuahkan hasil apabila mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan anak murid.

@umi.maisarah94

Replying to @Putera Aniq part dalam kereta tak rakam sbb tak cukup tangan nak rakam😅 pelakon semua cikgu termasuk saya 🤣 #fyp #fypシ

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Video yang dimuatnaik tidak sampai 24 jam tersebut mendapat lebih 6 juta tontonan tersebut turut menjelaskan bahawa selesai sahaja proses simulasi kepada anak murid, satu sesi ‘talk’ dilakukan supaya apa yang berlaku mendapat gambaran jelas dalam kalangan anak murid.

@umi.maisarah94

Replying to @How-are-you_Ya?🤭 simulasi sahaja. Anak besar ni mana boleh biar tanpa pengawasan nak lagi kawasan luar🙃 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

‘ANAK AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA’

Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa yang meninggalkan komen positif kepada tenaga pengajar. Walaupun dalam video kelihatan anak murid menangis dan takut, namun teknik ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri mereka dan akan digunakan pada masa hadapan.

Sumber: Tiktok @umi.maisarah94

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×