Rakyat

Ayah Meninggal Dunia 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen, Anak Tetap Hadir Terima Skrol

69
SHARES

Siapa sahaja yang tidak gembira apabila berjaya menamatkan pengajian tinggi dan ingin berkongsikan kegembiraan tersebut bersama ibu dan ayah bukan? Namun, berbeza dengan situasi seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),  apabila dia menerima segulung ijazah dalam kepiluan apabila bapanya meninggal dunia 6 jam sebelum majlis konvokesyen bermula.

Baca juga: “Otak Tu Biar Cergas Sikit Boleh Tak?”- Tular Rakaman Guru Tenking Murid Darjah 1 Undang Kecaman

AYAH MENINGGAL DUNIA 6 JAM SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, berkata, bapanya, Mokhtar Mat Isa, 65, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 1 pagi.

“Ayah terjatuh sewaktu kami berada di sebuah inap desa di Teluk Ketapang di sini sebelum terkena serangan jantung.”

Menurut laporan Kosmo, bapanya digegaskan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu namun beliau meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan.

Beliau menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian daripada Pro Canselor UniSZA, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Shahabuddin.

Muhammad Hafiz berkata, beliau menggagahkan diri menghadiri majlis konvokesyen berkenaan walaupun masih terduka dengan kehilangan bapanya.

Anak ketiga dari enam beradik itu berkata, beliau, bapa dan ibunya, Salmah Kasa, 64, bertolak dari rumah mereka di Kampung Selayang Baru, Selangor untuk menghadiri majlis konvokesyen berkenaan pada hari Ahad.

“Arwah ayahnya sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen buat pertama kali kerana saya anak pertama yang menjejak menara gading.

“Beliau sangat gembira melawat tempat-tempat menarik di Terengganu dan tidak sangka ia kenangan manis terakhir saya bersamanya,” katanya.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×