Kini Trending

”Otak Tu Biar Cergas Sikit Boleh Tak?”- Tular Rakaman Suara Guru Tengking Murid Darjah 1 Undang Kecaman

1.5K
SHARES
sekolah rendah

Baru-baru ini tular di laman media sosial sebuah rakaman suara dari seorang guru yang bersuara lantang menengking anak murid di sekolah. Rakaman tersebut mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan ibu bapa yang ‘panas’ dengan tindakan dan bicara yang dikeluarkan oleh guru terbabit.

Baca juga: Gara-Gara Berkelakuan Nakal, Ibu Tergamak Rantai Leher Anak & Kurung Dalam Gelap

Tular Rakaman Suara Guru Tengking Murid Darjah 1 Undang Kecaman

Berdasarkan perkongsian oleh seorang wanita dikenali sebagai Sapikha mengatakan bahawa murid tersebut merupakan anak buahnya. Anak buahnya sering mengadu dan mengelak untuk ke sekolah kerana tidak mahu masuk ke kelas cikgu berkenaan kerana takut.

Difahamkan bahawa guru tersebut akan bertindak dengan memaki hamun dan memalukan anak buahnya di dalam kelas. Bahkan dia juga meninggikan suara kepada anak buahnya yang masih kecil sekiranya memberi jawapan yang salah atau tidak mampu untuk memberikan jawapan.

“Patutlah selama ni anak buah i asik takut & anxious nak masuk class dia ni. Walaupun anak buah i masih dalam “Beginner” level untuk subjek yg diajar cikgu ni, i rasa tak patut dia dimalukan, ditengking, degraded di depan kawan-kawan dalam class. Dari bebel benda tak perlu lebih baik cikgu ni pergi approach pelajar, terangkan sampai dia faham. Kan guru ada belajar pelbagai cara mengajar untuk different “Competency Levels” dalam kelas yang bercampur aduk kemahirannya.. Kalau betul lemah sangat, boleh bincang dengan ibu bapa & pihak atasan untuk langkah seterusnya. I believe semua guru subjek lain kena deal dengan pelajar “Beginner” yang perlukan bimbingan lebih di kalangan pelajar “Intermediate” & “Advance”. Cuma ada setengah guru ada skills, common sense & empathy untuk mengajar dengan cara yg dilatih. Setengah lagi guru hanya mampu membebel & jadi pembuli budak darjah 1.”

Gambar hiasan.

Bukan itu saja, Sapikha juga turut mendakwa bahawa cikgu tersebut akan kerap mengeluh jika apa yang diajar tidak dapat difahamkan malah tidak membenarkan murid lain untuk memberi tunjuk ajar kepada anak buahnya itu.

“Letih betul lah macam ni! Otak tu biar cergas sikit boleh tak? Berfikir sikit!”

Tambahnya lagi, dia faham bahawa tindakan cikgu tersebut adalah untuk memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid namun cara tersebut adalah tidak sesuai dengan murid yang baharu sahaja terdedah dengan alam persekolahan. Mana tidaknya, anak buahnya hanya baru masuk Darjah 1.

@sapikhaa

Patutlah selama ni anak buah i asik takut & anxious nak masuk class dia ni. Walaupun anak buah i masih dalam “Beginner” level untuk subjek yg diajar cikgu ni, i rasa tak patut dia dimalukan, ditengking, degraded di depan kawan-kawan dalam class. Dari bebel benda tak perlu lebih baik cikgu ni pergi approach pelajar, terangkan sampai dia faham. Kan guru ada belajar pelbagai cara mengajar untuk different “Competency Levels” dalam kelas yg bercampur aduk kemahirannya.. Kalau betul lemah sangat, boleh bincang dengan ibu bapa & pihak atasan untuk langkah seterusnya. I believe semua guru subjek lain kena deal dengan pelajar “Beginner” yg perlukan bimbingan lebih di kalangan pelajar “Intermediate” & “Advance”. Cuma ada setengah guru ada skills, common sense & empathy untuk mengajar dengan cara yg dilatih. Setengah lagi guru hanya mampu membebel & jadi pembuli budak darjah 1.

♬ original sound – Sapikha Law – Sapikha Law

PATUTLAH BUDAK SEKARANG TAK NAK PERGI SEKOLAH

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa tindakan cikgu berkenaan akan menyebabkan murid tidak seronok untuk ke sekolah sekaligus mendorong mereka untuk tidak bersemangat untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading. Tidak hairanlah ramai dalam kalangan murid sekolah sekarang tidak mempunyai rasa untuk melanjutkan pelajaran dan hanya mahu ‘famous’ di media sosial sahaja.

Sumber: Tiktok @sapikhaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×