Kini Trending

Gara-Gara Berkelakuan Nakal, Ibu Tergamak Rantai Leher Anak & Kurung Dalam Gelap

10
SHARES

Tidak disangka seorang ibu tergamak merantai dua anaknya dan biarkan mereka di dalam rumah dengan keadaan serba gelap. Perkara ini berlaku kerana dipercayai sebagai denda yang diberi kerana berkelakuan nakal.

Kejadian yang berlaku di Tanaban, Pulau Bali ini mengakibatkan wanita tersebut ditahan oleh pihak polis hujung minggu lalu.

Baca juga: ‘Laju Betul Tulis Jawapan’- Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Genius Matematik

GARA-GARA BERKELAKUAN NAKAL, IBU TERGAMAK RANTAI LEHER ANAK

Bukan itu sahaja, pihak polis juga merampas sepasang rantai besi berukuran 2 meter dan empat mangga kunci bersama wanita yang dikenali sebagai UDW itu.

Semasa anak-anak tersebut ditemui, seorang telah dirantai di bahagian leher dan dikunci pada tingkap rumah manakala seorang lagi berada di hadapan pintu bilik tetamu dalam keadaan yang sama.

Kedua-dua anaknya yang berusia enam dan tiga tahun itu ditemui oleh jiran mereka pada hari Sabtu dalam keadaan hanya memakai lampin selepas mendengar bunyi tangisan dari rumah wanita berkenaan.

Memberi alasan yang tidak munasabah, UDW mendakwa bahawa dirinya terlupa untuk membuka lampu sewaktu keluar dari rumah menyebabkan anak-anaknya terpaksa tinggal dalam suasana gelap.

Dia juga menolak dakwaan pihak polis yang mengatakan teman lelakinya juga merupakan suspek utama dalam kes tersebut dan menegaskan bahawa tindakannya itu dibuat sebagai pengajaran buat anak-anak.

Sumber: okenews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×