DIY & Kraf

Tak Payah Beli Baharu, Ini Cara Nak Hilangkan Kesan Kuning Kunyit Dekat Blender Lama

2.3K
SHARES
cara hilangkan kesan kunyit

“Stresnya tengok blender baru beli dah kuning macam guna 10 tahun. Macam mana cara hilangkan kesan kunyit ni eh?”

Buat mak-mak yang selalu menghabiskan masa di dapur dengan memasak, menggunakan blender atau mesin pengisar merupakan aktiviti wajib untuk mengisar bahan masakan. Tetapi, walaupun baru sahaja beli mesin pengisar sudah bertukar menjadi warna kekuningan akibat mengisar kunyit. Dah tak cantik la blender!

Jadi, ada cara anda boleh gunakan untuk menghilangkan kesan kunyit pada blender di rumah supaya kembali kelihatan baharu.

Baca juga: Jangan Stres Dah Kalau Kena Lipat Baju Menggunung, Guna Cara Santai Ini Dah Settle!

TIGA CARA HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA BLENDER

cara hilangkan kesan kunyit

CARA PERTAMA

-2 sudu makan cuka, 1 cawan air panas

1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam blender anda. Biar selama 2-3 minit.

2.Kemudian anda blend campuran air panas dengan cuka tu beberapa kali sampai hilang kesan kotoran pada mata blender.

3.Akhir sekali, anda bilas dengan air panas dan keringkan.

CARA KEDUA

-3 sudu makan beras, 1 biji limau nipis, air secukupnya

1.Anda potong limau nipis tu kecil- kecil.

2.Masukkan ke dalam blender bersama air dan beras.

3.Blend campuran bahan tadi selama 15-20 saat.

4.Tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan bilas blender sampai bersih.

5.Hampas limau dan beras tadi tu anda boleh guna untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender.

cara hilangkan kesan kunyit

CARA KETIGA

Baking soda dan cuka

1.1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.

2.Masukkan dalam blender dan letakkan secawan air.

3.Gosok menggunakan span pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan sebanyak beberapa kali.

*Selamat mencuba!

Sumber: easybakelab.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×