Dapur

Malasnya Asyik Kena Beli Baru, Tunggu! Cuba 3 Tips Tajamkan Balik Gunting Tumpul Ini

2
SHARES
gunting tumpul

Alat potongan ini sangat penting lebih-lebih lagi jika hendak menggunakannya di dapur ataupun untuk tujuan lain. Pasti penat jika asyik berhadapan gunting tumpul dan kena beli baru di kedai untuk menggantikannya.

Paling geram apabila tengah menggunakannya, boleh pula ia tidak berfungsi sekaligus menghentikan rentak pemotongan itu. Memang spoil sangat mood! Usah risau, ada cara tajamkan balik gunting tumpul untuk anda try di rumah masing-masing menggunakan 3 bahan yang mudah je! Jom ikuti perkongsian penulis selanjutnya.

Baca juga: Pisau Tak Tajam Boleh Moody Seharian, Cuba Tips Ini, Confirm ‘Smooth’ Proses Nak Masak!

TIPS TAJAMKAN GUNTING TUMPUL UNTUK DICUBA DI RUMAH

1. Aluminium foil

gunting tumpul

Aluminium foil ini fungsinya bukan sahaja untuk melindungi makanan daripada cahaya tapi boleh juga untuk menajamkan balik gunting tumpul anda. Menarik kan? Caranya adalah sangat mudah, anda hanya perlu mengunting aluminium foil menggunakan gunting tumpul. Gunting sampai anda rasa ia sudah semakin tajam balik.

2. Botol kaca

gunting tumpul

Ini adalah alatan menajamkan gunting balik yang tak pernah anda jangka kan? Jangan terkejut, botol kaca ini boleh mengembalikan gunting tumpul anda seperti sediakala!

Caranya ialah anda hanya perlu mencari di mana-mana botol kaca yang ada, sama ada telah dipakai ataupun masih baru. Kemudian, mula buat seperti anda sedang menggunting pada botol kaca itu supaya mata gunting boleh diasah pada permukaan botol tersebut. Ulang langkah ini sehinggalah anda rasa gunting sudah tajam.

3. Kertas pasir

gunting tumpul

Untuk pengetahuan anda, kertas pasir ini bukan sahaja berupaya menajamkan pisau dan meratakan permukaan, tapi ia boleh juga menajamkan gunting tumpul! Mesti anda ingat selama ini ia hanya berkesan untuk menajamkan mata pisau kan? Sebenarnya nak asah gunting menggunakan kertas pasir ini pun boleh.

Caranya juga adalah mudah sama seperti menggunakan aluminium foil, anda hanya perlu mengguntingkan kertas pasir menggunakan gunting tumpul anda. Gunting sampailah anda rasa ia sudah kembali tajam balik.

Haa guna je 3 bahan yang senang jumpa ini, dah tak perlu ke kedai beli gunting baru untuk menggantikan yang lama. Bukan je dapat jimat masa dan tenaga, malah duit poket anda pun selamat! Selamat Mencuba!

Sumber: Sinaran Wanita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×