Dapur

Pisau Tak Tajam Boleh Moody Seharian, Cuba Tips Ni, Confirm ‘Smooth’ Proses Nak Masak!

8
SHARES
tips asah pisau jadi tajam

Pisau adalah alatan memasak yang paling penting. Pisau tumpul mesti boleh rosakkan ‘mood’ nak memasak. Kalau pisau tumpul, macam mana nak potong bahan memasak seperti bawang dan daging, kan? Sebenarnya, tak ramai tahu ada beberapa tips asah pisau jadi tajam ini.

Takkanlah setiap kali pisau tumpul je terus nak berhenti memasak? Ataupun sehinggakan hendak beli pisau baharu. Kan sudah menjadi satu pembaziran. Jadi, apa kata jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips asah pisau jadi lebih tajam.

Baca juga: Ini Tips Nak Jaga Kuali Baru Beli, Elak Makanan Melekat & Tak Berkarat!

TIPS ASAH PISAU JADI TAJAM, ‘CONFIRM’  LANCAR PROSES MASAKAN ANDA

1. Basahkan batu pengasah dengan air sebelum digunakan

Tips paling asas yang selalu kita tengok orang tua lakukan adalah mesti dengan menggunakan batu pengasah. Tetapi, ada rahsianya! Anda perlu membasahkan batu pengasah terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Hal ini kerana permukaan batu pengasah yang basah akan memudahkan kerja mengasah atau menggesek pisau. Boleh juga rendam dulu dalam air sebelum menggunakan batu pengasah tersebut.

tips asah pisau jadi tajam

2. Jangan asah tegak, tapi asah dengan kecondongan 10-20 darjah

Kenapa tak digalakkan asah secara menegak? Sebenarnya mata pisau ini ada bahagian yang tidak rata. Oleh itu, anda perlu mencondongkan sedikit pisau lebih kurang 10-20 darjah untuk selaras dengan bahagian yang tidak rata tersebut. Bahagian itulah yang tidak tajam sebenarnya.

Jadi, dah tahu kan kenapa selama ini anda asah macam mana pun, tapi pisau masih tidak tajam?

3. Elakkan asah banyak arah, hanya satu arah sahaja yang perlu

Anda disarankan untuk mengasah dengan arah  berlawanan dari arah memotong untuk mendapatkan pisau yang lebih tajam. Kebiasaannya, apabila kita memotong, pisau akan dihalakan ke hadapan atau ke atas, kan? Untuk mengasah, tarik ke arah bawah atau ke belakang.

Seterusnya, buat pada satu sisi dahulu, setelah siap baru sisi lagi satu. Anda juga perlu meletakkan sedikit tekanan agar mata pisau dapat diasah dengan baik.

tips asah pisau jadi tajam

4. Asah antara 5-8 kali sahaja

Tak perlu banyak kali asah pisau sehinggakan lenguh tangan anda dibuatnya, cukup antara 5 hingga ke 8 kali sahaja. Dengan jumlah ini, mata pisau sudah cukup tajam.

Kalau masih tak percaya, cuba anda potong dahulu. Selain itu, kalau anda sudah dapat nampak kesan asahan pada pisau, itu bermakna pisau sudah tajam dan boleh digunakan!

5. Jangan terus pakai selepas siap, basuh dahulu pisau itu

Sudah pasti selepas mengasah, kesan dan sisa asahan batu pengasah itu ada pada pisau anda. Jadi, basuh dahulu sebelum menggunakannya untuk elak bakteria dan bendasing yang akan melekat pada makanan anda nanti.

Basuh sehingga bersih dan lebih baik jika anda mengeringkan pisau terlebih dahulu ataupun lap sebelum menggunakannya.

Cara Lain Untuk Mengasah Jika Tiada Batu Pengasah

tips asah pisau jadi tajam

1. Asah guna pisau lain

Kalau anda perasan chef Jepun kebanyakkan selalu menggunakan kaedah ini untuk menajamkan pisau mereka. Bukan sahaja nampak lebih professional, pisau anda pun lebih tajam!

Caranya adalah dengan menggesekkan satu pisau dengan pisau yang lain. Gunakan pisau yang lebih panjang.

tips asah pisau jadi tajam

2. Belakang mangkuk atau cawan seramik

Jika tiada pisau yang lain, anda boleh cuba menggunakan belakang mangkuk atau cawan seramik. Caranya adalah sama seperti menggunakan batu pengasah.

3. Berus dawai cuci periuk

Mesti anda tidak sangka yang berus dawai cuci periuk ini pun sebenarnya boleh digunakan untuk mengasah pisau. Cari berus dawai seperti gambar di atas.

4. Batu

Selain itu, batu juga boleh digunakan untuk mengasah pisau. Anda boleh mencari mana-mana batu sungai dan mula asah pisau seperti menggunakan batu pengasah.

tips asah pisau jadi tajam

5. Kertas pasir

Selain berfungsi menghasilkan kemasan pada permukaan kayu atau besi, anda juga boleh menggunakan kertas pasir untuk mengasah pisau yang tumpul. Menarik, kan?

Caranya juga senang iaitu ambil kertas pasir dan asahkan pisau di bahagian berpasir kertas tersebut. Asah sama seperti menggunakan batu pengasah.

Semoga dapat membantu urusan memasak anda semua. Selepas ini, tidak ada lagi proses masakan  yang tergendala ataupun potong ‘mood’ ketika masak. Anda boleh memasak dengan lancar dan menikmati ‘moment’ memasak itu!

Sumber: Mysumbertv

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×