Dapur

Macam Mana Nak Masak Omelette Macam Orang Jepun? Ini Tekniknya!

346
SHARES

Setiap kali anda berkunjung ke restoran makanan Jepun, pasti anda akan tertarik dengan salah satu menu yang dipanggil Omurice. Omuretto+ Rice adalah nasi yang disaluti oleh telur dadar yang gebu bersama salutan kuah yang istimewa! Tapi macam mana nak buat sendiri dekat rumah?

Apa yang menariknya, apabila omelette ini dipotong walaupun telah masak dengan sempurna, isi telur di dalam masih separa masak dan kelihatan sangat mengiurkan macam lava gunung berapi!

Salah sebuah restoran di Jepun iaitu  Restoran Kichi Kichi di Kyoto, amat popular dengan hidangan Omurice yang sangat enak. Nama chef yang dikatakan telah mempopularkan hidangan ini ialah Yukimura Motokichi, yang bekerja di Kichi Kichi. Mungkin dari beliau tersebarnya cara pembuatan omurice di laman media sosial.

Guna 3 biji telur sahaja dan yang susah adalah untuk membentuk dan flip pan anda lembut-lembut supaya isinya tak terhancur. Tapi kalau anda ingin pelajari teknik-teknik yang diamalkan oleh Chef Motokichi sendiri, rujuk kepada video di bawah ini.

Rangkaian program masakan Amerika, Tasty, juga telah terbang ke Kyoto, Jepun untuk belajar sendiri dengan chef Yukimura cara-cara yang betul untuk membuat omelette terkenal ini. Memang terbaik!

Gebunya!

Sumber: Tasty Lỳ Lợm Lan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×