Dapur

Cara Masak Telur Dadar Gebu & ‘Crispy’, Rahsia Nak Sedap Rupanya WAJIB Letak 1 Bahan Ini!

17
SHARES
telur dadar gebu

Bukan sahaja sebagai menu tambahan setiap hari, telur dadar juga menjadi menu ‘penyelamat’ sementara menunggu hari gaji. Paling mudah nak menyediakannya namun ada juga resepi dan teknik tertentu untuk menyediakan telur dadar gebu dan rangup!

Tak sangka, nampak mudah sahaja tetapi kalau tersalah cara boleh menyebabkan ‘mood’ anda lari kerana rasanya yang kurang mantap. Jadi, jom kita cuba sediakan telur dadar ikut teknik dan rencah di bawah.

Baca juga: Telur Oh Telur…Ini Cara Pilih Telur Ayam Segar Macam ‘Pro’ Tanpa Perlu Goncang, Tengok Luar Je!

CARA MASAK TELUR DADAR GEBU DAN CRISPY

telur dadar crispy

Masak telur dadar pun kena ada resepi ke? Ini cara untuk dapatkan yang sedap dan gebu!

Bahan-bahan:

-Tepung jagung
-Telur
-Sos ikan

Cara-caranya:

1.Perlukan tepung jagung satu sudu besar. Letakkan sekadar penuh sahaja, jangan tinggi menggunung.

2.Satu sudu besar air dan sebatikan dengan tepung. Jangan biarkan berketul.

3.Pecahkan telur dua biji. Ikut kepada banyak mana anda nak.

4.Masukkan sos ikan dua sudu besar. Inilah rahsia kepada telur dadar yang sedap dan rangup.Tapi, kalau tak ada, boleh ganti dengan garam/serbuk perasa/ mushroom seasoning.

5.Lepas itu, kacau kuat-kuat sehingga naik buih. Kacau dalam seminit.

6.Panaskan minyak, dan cara nak tuang bancuhan telur adalah dengan cara angkat mangkuk sedikit tinggi. Minyak boleh letak banyak sikit kalau nak telur dadar gebu dan crispy!

7.Lepas bahagian bawah dah crispy, boleh balikkan.

8.Kalau nak tambah bawang atau daun bawang pun boleh.

9.Dah siap telur dadar gebu dan rangup yang dimasak dalam masa 5 minit. Yang penting kena makan panas-panas!

telur dadar crispy

*Selamat mencuba!

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Resepi Cili Sos Thai Sedap, Nak Cicah Apa Pun Ngam!

Sumber: Nor Farah Atikah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×