Minggu hari bekerja memang memenatkan. Lagi-lagi bila anda pulang pada lewat petang dan menghadap kesesakan jalan raya dengan perut yang lapar. Sudah tentu anda tak tahan dan memerlukan hidangan malam yang ringkas serta cepat untuk disediakan!
Jangan risau! Anda boleh menikmati juadah yang enak, berkhasiat dan mengenyangkan dengan 7 resipi mudah di bawah. Setiap resipi ini dirancang supaya boleh disiapkan dalam masa 30 minit atau kurang, menjadikan ia pilihan ideal untuk makan malam ketika minggu bekerja.
Baca juga: Ikan Selayang (Sardin) Rebus Harum Mewangi, Sampai Licin Pinggan Sebab Cara Ini Isinya Lebih Pejal!
HARI BEKERJA MASAK MAKANAN RINGKAS DAN MEMUASKAN
1. Nasi Goreng Kampung
Hidangan tradisi yang popular ini terbukti sangat mudah disediakan pada hari bekerja yang memenatkan.
- Gunakan nasi dimasak semalaman bagi memastikan nasi goreng tidak lembik.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
- Tambahkan ikan bilis goreng dan kacau sebati.
- Masukkan sayuran kegemaran anda sebagai serat hidangan.
- Nak lebihkan rasa, masukkan sedikit kicap dan sos ikan.
Okey, sebelum menikmati nasi goreng kampung hidangkan ia bersama telur mata dan sambal belacan. Memang mantap!
2. Sotong masak kunyit
Sotong masak kunyit merupakan menu ringkas yang sesuai dimasak selepas pulang bekerja. Hal ini kerana, resipinya sangat cepat dan mudah disediakan.
- Masak sotong dengan cepat bagi mengelakkan ia liat.
- Tumis bawang putih hiris bersama sedikit serbuk kunyit hingga mewangi.
- Masukkan sotong dipotong kecil dan digaul rata.
- Tambah cili hijau atau merah untuk kepedasan dan sedikit daun kunyit sebagai aroma.
Bila dah siap, ia boleh dinikmati bersama nasi putih dan ulam-ulaman sebagai makan malam yang ringkas tapi memuaskan.
Baca juga: Resipi Kek Marble Neopolitan Manis-Manis Buah, Nak Buat Gebu Adunan Kena Ringan Baru Jadi!
3. Tom yam udang
Kalau nak menghirup kuah yang dapat memuaskan tekak dan menyegarkan tubuh, tom yam adalah jawapannya. Menggunakan pes tom yam dah yang siap (ready stock), hidangan ini jadi lebih cepat disediakan.
- Rebus udang bersama pes tom yam.
- Tambahkan serai, daun limau purut dan cendawan.
- Masukkan cili padi jika nak pedas.
Selain nasi putih, bihun juga sangat sedap dinikmati bersama tom yam. Kalau tak percaya, cubalah nanti.
4. Spaghetti Aglio Olio
Selain itu, menu barat seperti Spaghetti Aglio Olio juga sangat cepat disediakan setelah pulang lewat pada minggu bekerja. Ia adalah hidangan pasta yang sangat ringkas tetapi penuh dengan rasa membuka selera.
- Tumis bawang putih hiris dalam minyak zaitun dengan api sederhana hingga ia keemasan, bukan hangus ya.
- Tambahkan udang, ayam atau sayuran seperti cendawan untuk variasi.
- Letakkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan.
- Gaulkan spaghetti yang sudah direbus dan taburkan keju parmesan atau herba campuran Itali di atasnya.
Baca juga: Step By Step Resepi Mi Kari Sedap, Kuah Berlemak Elok, Barulah Puas Hirup Kuah!
5. Ayam masak kicap
Menu ayam masak kicap adalah yang paling ringkas dan cepat untuk disediakan. Bak kata orang, “campak-campak sahaja sudah siap!”
Juga, gunakan bahagian ayam yang anda suka sewaktu memasak hidangan ini seperti dada, paha, atau kepak. Jom, mulakan!
- Goreng ayam yang telah digaul serbuk kunyit dan garam hingga berwarna keemasan.
- Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga mewangi.
- Tambahkan sedikit kicap manis dan garam untuk rasa yang seimbang.
- Boleh juga masukkan sos tiram atau kicap pekat, kalau nak rasanya sedikit berbeza.
Baca juga: Tauhu Tulip Lembut Di Luar Tapi Garing Dalamnya, ‘Jajan’ Enak Bikin Jatuh Cinta!
6. Telur dadar keju
Menu telur dadar antara resipi yang terpaling ringkas dan cepat untuk disediakan. Ia sangat sesuai untuk makan malam yang ringan tetapi tetap mengenyangkan.
Masakkan telur dadar dengan pelbagai cara seperti resipi ini.
- Campurkan telur dengan keju parut dan sayuran seperti cendawan, bayam, atau cili benggala.
- Tambahkan herba seperti oregano atau basil untuk rasa yang lebih aromatik.
- Goreng telur hingga keemasan di kedua-dua belah.
Dah siap! Hidangkan ia bersama roti bakar atau nasi.
7. Tortilla wraps ayam panggang
Akhir sekali, di hari bekerja memang mudah untuk anda menyediakan tortilla wraps setelah pulang ke rumah. Menu ini boleh diubah mengikut cita rasa!
- Gunakan kulit tortilla yang dijual di kedai dan isikan ayam panggang.
- Tambahkkan sayur-sayuran segar seperti timun, tomato dan salad.
- Letakkan juga sos mayonis atau salsa.
- Nak tambah keju parut atau avokado pun boleh!
Bila dah siap wrapping, nikmatilah ia bersama sup atau salad ringan.
Baca juga: Cara Buat ROTI KERING BERGULA Yang Rangup, Cicah Air Panas Pehhh Terbaik!
Sumber: Lobak Merah
FT Image: freepik