Pasti ramai yang menggilai masakan ayam kicap. Jika anda mahukan kelainan, mari cuba resepi ayam kicap berempah Puan Ameera ini.
Jika dilihat pada gambar hidangan ayam kicap berempah yang dimuat naik Puan Ameera, memang membuka selera. Lain dari yang lain! Jom cuba masak hari ini.
Baca juga: 5 Kaedah Rebus Ulam Jantung Pisang, Bila Sejuk Tak Lebam & Tak Hitam Pun!
AYAM KICAP BEREMPAH
Ayam kicap berempah meleleh. Satu menu selalu bawa sampai ke malam. Nasi panas panas, satu lauk. Cukup kekenyangan. Alhamdullillah.
Bahan A:
- Ayam
- Kunyit
- Garam
Bahan B:
- Bawang putih 6 ulas
- Bawang merah kecil 6 biji
- Bawang besar 1 biji
- Halia besar ibu jari
Bahan C:
- Sebatang serai
- Kulit kayu manis
- Daun kari
- Rempah ayam sepeket kecil
- Kicap kipas udang manis
- Kicap pekat
- 3 biji cili padi
- Satu sudu makan gula
- Garam
- Daun sup
- Daun bawang
Baca juga: Bukan 1 Atau 2, Tapi Ada 10 Jenis Pisau Dapur & Fungsinya Anda Kena Tahu!
Cara penyediaan:
- Ayam lumurkan kunyit dan garam, gaul macam biasa pakai kayu hoki.
- Sementara itu, tumbukkan bahan B. Lapik kain macam biasa.
- Pakai minyak goreng ayam tadi, kalau banyak buang sikit dan masukkan serai yang telah dititikkan dan kulit kayu manis.
- Kemudian, masukkan daun kari.
- Setelah itu, masukkan segala yang ditumbuk tadi dan rempah ayah tuang semuanya.
- Letak air sedikit sahaja nak masakkan rempah sehingga pecah minyak.
- Kicap kipas udang manis, anggaran 4 sudu makan.
- Kicap pekat anggaran 1 sudu makan, tujuannya untuk menghitam legamkan.
- Cili padi 3 biji belah 2, nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa.
- Masukkan juga gula dan garam untuk seimbangkan rasa.
- Kemudian masukkan ayam, gaul rata dengan penuh kasih sayang.
- Letakkan sedikit daun sup dan daun bawang.
Siap dihidang bersama mereka sekeluarga.
Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!
Sumber: Ameera via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: Ameera