Dapur

Tauhu Tulip Lembut Di Luar Tapi Garing Dalamnya, ‘Jajan’ Enak Bikin Jatuh Cinta!

26
SHARES
resepi tauhu

Tauhu tulip atau tauhu terbalik, merupakan menu yang bersumberkan tauhu sebagai bahan utama. Rasanya memang enak ibarat menikmati bergedil tetapi dengan rupa seakan tauhu sumbat. Perbezaannya adalah di dalam resepi tauhu tulip, di mana ia perlu digoreng atau dibakar mengikut kehendak masing-masing.

Nak tahu caranya, ikuti perkongsian resepi tauhu tulip oleh Asma Muhamad di bawah.

Baca juga: Petua Halau Semut Guna Daun Kari, Lintang-Pukang Serangga Tu Lari!

RESEPI TAUHU TULIP

resepi tauhu

Gambar: Asma Muhamad

Jajan favourite saya. Tauhu tulip atau tauhu terbalik. Sekali buat makan berhari-hari. Boleh frozen (beku) kan.

Bila nak makan, kalau rajin saya goreng. Kalau malas saya bakar guna air fryer saja dan tak perlu sapu minyak sebab kulit tauhu itu dah berminyak.

Baca juga: Tak Perlu Rendam Berejam, 15 Minit Je Sayur Layu Terus Berubah Segar Dengan Tips Ini!

Bahan-bahan:

resepi tauhu terbalik

Gambar: Asma Muhamad

  • Kulit tauhu
  • Isi tauhu
  • Dada ayam
  • Telur
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lobak merah (cincang halus) – boleh letak sayur lain
  • Daun sup (dipotong halus)
  • Daun bawang (dipotong halus)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara mengeluarkan isi tauhu dari kulitnya:

resepi tauhu

Gambar: Asma Muhamad

  1. Keluarkan isi tauhu dari kulitnya dengan cara menggunting bucu.
  2. Kemudian, korek keluar isi dan terbalikkan iaitu kulit tauhu yang garing di dalam, yang lembut di luar.
  3. Kikis pula guna sudu supaya rata permukaan.

Baca juga: Resipi Wantan Set Lengkap, Rupa Je Kompleks Tapi Mudah Sangat Nak Buat!

Baca juga: Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!

Inti tauhu tulip:

resepi tauhu terbalik

Gambar: Separuh je tulip  lagi separuh potong dua je tauhu. – Asma Muhamad

  1. Kisarkan isi ayam, bawang merah, bawang putih dan telur. Kalau suka boleh letak ½ tube tauhu telur dan saya pernah letak batang saderi, kisarkan sekali.
  2. Gaulkan bahan kisar dengan semua bahan-bahan di atas, kecuali kulit tauhu.
  3. Setelah itu, masukkan inti yang sudah sempurna sebatiannya ke dalam kulit tauhu tadi.
  4. Kemudian, gorengkan di dalam minyak panas.
  5. Boleh juga bakar menggunakan air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit.

Lebihan tauhu tulip yang tidak dimasak, boleh disimpan di dalam bekas bertutup rapat dan bekukan. Bila nak makan, tinggal goreng atau bakar sahaja tauhu tulip tersebut.

Info lain!

Jangan risau, sewaktu menggoreng isinya tidak akan terkeluar atau hancur. Hal ini kerana, bahan yang dikisar tadi telah mempunyai telur sebagai ejen untuk melekat.

Selain lobak merah, sayur lain seperti cendawan boleh juga dimasukkan dan laaaaagi sedap!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Jernih & Tak Keruh, Ada Orang Suka Kuah ‘Clean’ Begini!

Sumber: Asma Muhamad

FT Image: Asma Muhamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×