Dapur

Resepi Cucur Jagung Isi Dalamnya Gebu & Lembut, Tetapi Kulit ‘Maintain’ Rangup Di Luar!

98
SHARES
resepi cucur jagung

Cucur jagung merupakan santapan ringan yang boleh dikatakan unik kerana ia berbeza dari keluarga cucur yang sering anda nikmati. Resepi cucur jagung Puan Ana Mariana Ismail ini, bukan sekadar kulitnya rangup di luar tetapi isinya juga lembut di dalam.

Jom lihat resepi cucur jagung di bawah!

Baca juga: Resepi Kuah Rojak Buah Hasil Air Tangan Sendiri, Pedas & Hitam Likat!

RESEPI CUCUR JAGUNG

resepi cucur jagung

Gambar: Ana Mariana Ismail

Malam ini semua tak mahu makan nasi nak makan cucur jagung pula. Makan panas-panas sedap sangat lah rangup dekat luar lembut saja dekat dalam. Jagung pula fresh isi manis sungguh, yang nak cuba tengok resipi dekat bawah ini ya.

Bahan-bahannya:

resepi cucur jagung

Gambar: Bancuhan lebih kurang macam ini ya (kanan) – Ana Mariana Ismail

  • Isi jagung yang dihiris
  • Tepung gandum
  • Cili kisar
  • Udang kecil @ ikan bilis tumbuk kasar
  • Bawang besar dihiris
  • Serbuk kunyit + serbuk ikan bilis
  • Garam + gula secukup rasa
  • Telur sebiji
  • Air suam

Baca juga: Tips Bersihkan Dapur Gas Hitam Berkarat, Sembur Dengan Bahan Ini Hasilnya Berkilat!

resepi cucur jagung

Gambar: Ana Mariana Ismail

Cara-caranya:

    1. Masukkan tepung gandum (agak-agak padan dengan bahan-bahan lain ya).
    2. Isi jagung, bawang besar dihiris, udang (nak guna ikan bilis pun boleh) serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sikit, cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh ikut selera sendiri) dan telur sebiji.
    3. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Masuk air sikit-sikit agak-agak senang kita nak jemput guna tangan ya.
    4. Panaskan minyak masak bila dah panas bolehlah mula menggoreng. Api sederhana ya, biar sampai agak garing baru alihkan bahagian bawah pula ya.
    5. Bila dah garing boleh angkat dan toskan minyak ya.

Makan cicah dengan sos cili memang sedap. Selamat mencuba ya. Kalau yang nak resipi step-by-step pun boleh klik dekat link ini ya.

Baca juga: Resepi Sotong Celup Tepung Rangup & Tips Elak Meletop Semasa Goreng!

Sumber: Ana Mariana Ismail via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Ana Mariana Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×