Dapur

Petua & Resipi Buat TAPAI PULUT, Rupanya Ada Pantang Larang Kena Ikut!

108
SHARES
resepi tapai pulut

Tapai, tapay atau tape mempunyai rasa manis atau masam. Ia dibuat secara tradisional dengan beras putih atau pulut, tetapi juga boleh dibuat dari pelbagai sumber karbohidrat, termasuk ubi kayu dan kentang. Kalau anda nak cuba buat, mari ikuti resepi tapai pulut yang mudah seperti di bawah.

Di dalam resipi ini, bermula dari proses penyediaan beras pulut sehingga proses penyimpanan telah diterangkan dengan lebih terperinci. Malah, terdapat juga pantang larang sewaktu proses penyediaan yang perlu anda berikan perhatian.

Baca juga: VIRAL Warna Label Bungkusan Beras Di Pasaran Malaysia, Kena Tahu Jenisnya!

RESEPI TAPAI PULUT

resepi tapai pulut

Gambar: Kuali Berasap

Bahan-bahan:

  • 1kg beras pulut (biasa anggaran -7 cawan beras pulut)
  • Air bersih 7 cawan
  • 1 keping ragi tapai (besar sekeping 20sen)
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Baca juga: Elak Keracunan, Ini Cara Kesan Ayam Busuk Dalam 3 KEADAAN – Mentah, Beku & Masak!

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh beras pulut hingga bersih seputih-putihnya.
  2. Kemudian, toskan beras pulut tersebut.
  3. Sukat beras mengikut cawan. Jika 7 cawan beras, maka 7 cawan air jangan lebih *supaya masak cantik.
  4. Masak beras pulut dalam periuk nasi (rice cooker) dan jangan dibuka penutupnya hingga keep warm.
  5. Bila dah keep warm, pindahkan beras pulut yang sudah masak ke dalam bekas besar untuk disejukkan.
  6. Jangan tutup, biarkan diruang terbuka boleh tutup dengan tudung saji sahaja hingga suda pasti betul-betul sejuk.
  7. Apabila sejuk, kisar (blend) kering ragi tapai tadi hingga halus.
  8. Kemudian, gunakan penapis teh untuk digoyang-goyangkan atas beras pulut.
  9. Siap bergoyang, ratakan ragi dengan beras pulut serata-ratanya dengan menggunakan senduk plastik. INGAT jangan sesekali kena tangan, pantang dia sebab tangan kadang-kadang ada bakteria lain.
  10. Siap gaul rata, sudukan tapai dalam daun pisang yang telah dipotong ikut saiz yang anda nak boleh bungkus comel-comel ya.
  11. Selitkan lidi satay pada bungkusan tapai.

Proses penyimpanan:

Okay siap habis semua, tutup rapat-rapat bagi dia dating, tidur dan rehat selama sehari semalam atau lebih. Jangan ngendap-ngendap biarkan saja.

Simpan pada suhu biasa dalam almari seeloknya, jangan simpan dalam peti dan jangan terkena suhu panas. Setelah sehari semalam atau lebih, boleh jenguk-jenguk untuk lihat kemenjadian tapai anda.

Tadaaaaa! Bila dah jadi boleh simpan dalam peti. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi CUCUR Kentang Istimewa Letak Ikan Tenggiri Ganti Ikan Bilis, Lebih Umami!

Sumber: Kuali Berasap

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×