Dapur

VIRAL Warna Label Bungkusan Beras Di Pasaran Malaysia, Kena Tahu Jenisnya!

10
SHARES
jenis beras

Baru-baru ini tular di media sosial, maklumat menarik berkenaan warna label bungkusan beras yang melambangkan jenis beras yang dijual di pasaran Malaysia. Di mana, video yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia Perak (KPDN Perak) menerusi akaun Tiktok rasminya @kpdn_perak itu telah meraih 12 ribu komen dan 3.8 juta tontonan.

Video itu memaparkan seorang Pegawai KPDN yang dikenali sebagai Encik Anuar menjelaskan tentang warna setiap label bungkusan beras yang mewakili jenis beras dalam pasaran negara ini. Mari lihat butiran di bawah.

Baca juga: Elak Keracunan, Ini Cara Kesan Ayam Busuk Dalam 3 KEADAAN – Mentah, Beku & Masak!

JENIS BERAS DI PASARAN MALAYSIA

jenis beras

Jenis-jenis beras di pasaran Malaysia:

  • Beras Putih Tempatan – label ungu
  • Beras Putih Import – label biru muda
  • Beras Wangi – label pink
  • Beras Istimewa (basmathi dan sebagainya) – label oren

Menurut Encik Anuar, Beras Putih Tempatan adalah beras yang dikawal harganya oleh kerajaan iaitu RM26.00 untuk 10 kilogram (kg).

Harga Beras Putih Tempatan kekal RM2.60 sekilo terendah di rantau ini

Fakta mengenai harga Beras Putih Tempatan disokong dengan info grafik yang telah dikeluarkan Berita RTM pada 1 September lalu. Di mana, harga beras putih tempatan adalah RM2.60 sekilo yang terendah di rantau ini dan tidak pernah diubah sejak tahun 2008.

jenis beras

Baca juga: Resipi CUCUR Kentang Istimewa Letak Ikan Tenggiri Ganti Ikan Bilis, Lebih Umami!

KPDN beri amaran tegas jika tukar label kampit Beras Putih Tempatan

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesyaki wujudnya tindakan memanipulasi bekalan beras putih tempatan dengan menukarkan bungkusannya kepada kampit beras import, pada 4 September lalu.

Ia dipercayai dilakukan ekoran harga beras import tidak dikawal kerajaan, sebaliknya hanya diapungkan. Manakala, harga beras tempatan ditetapkan pada RM26 untuk beg 10kg.

jenis beras

Gambar: jcomp

Justeru itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, mengeluarkan amaran berbunyi:

“Mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama boleh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta730 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan, jika sabit kesalahan.

“Seksyen berkenaan turut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM250,000 bagi syarikat, jika sabit kesalahan sama.” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: RAHSIA Kacang Tanah Tahan Lama & Tak Cepat Busuk, Kena Rebus & Simpan Macam Ini!

Sumber: Tiktok KPDN Perak / Berita RTM / Berita Harian

FT Image: Tiktok KPDN Perak & Jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×