Dapur

Tips Basuh Pulut Kuning & Kaedah Kukus Beras Pulut, Cantik Kuning Berkilat!

65
SHARES
tips basuh pulut kuning

Pulut kuning kebiasaannya ‘dikahwinkan’ dengan sambal tumis ikan bilis atau rendang. Memang menyelerakan! Justeru itu, jika anda bakal menyajikan hidangan ini, apa kata cuba guna tips basuh pulut kuning agar hasilnya cantik kuning berkilat yang dikongsikan Puan Ain Aisha bersama resepi!

Baca juga: [VIDEO] Resepi Dua Menu Sihat Berpantang Ibu Bersalin, Bantu Meriahkan Susu Badan!

TIPS BASUH PULUT KUNING JADI CANTIK KUNING BERKILAT

TIPS BASUH PULUT KUNING SEBELUM DIMASAK

1. Pastikan sebelum di rendam wajib di basuh atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga air jernih. Baru direndam.

2. Rendam beras pulut dengan air biasa.

3. Masukkan asam keping bersama beras pulut.

4. Masukkan sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning.

5. Rendam sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam hanya 40minit sahaja).

6. Di toskan.

KAEDAH KUKUS BERAS PULUT

Kukus pertama:

Gambar hiasan: AsianFoodNetwork.

1. Sudu

Letak sudu atas permukaan dalam kukusan dalam 3 atau 4 sudu. Baru letak pulut (cara saya) atau letak pulut buat bulatan di tengah (tujuan untuk wap masuk dan masak sekata).

Selama 25minit.

2. Air kukusan

Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru letakkan pengukus beras pulut.

Letakkan 3 atau 4 helai daun pandan di dalam air pengukus tujuan wangi (tak letak pun takpe dan saya tak letak pun).

Kukus kali kedua:

Gambar hiasan: TengkuButang.

1. 1kg beras pulut bersamaan 1/2kg santan.

2. Sedikit garam dalam 1 sudu.

3. Gula (jika suka kalau Kelantan memang letak) untuk lemak manis gitu jika suka.

4. Masakkan di atas dapur seketika bahan-bahan diatas untuk santan tak cepat basi (saya tak masak pun).

5. Angkat beras pulut tadi dalam bekas yang bersih. Masukkan sedikit , demi sedikit santan sehingga habis. Kacau sebati.

6. Kukus sekali lagi (kali kedua) 15minit hingga masak.

7. Sedia dihidangkan bersama rendang dan sebagainya.

Kredit: norshaida

Edit:

Sukatan untuk 1/2santan untuk 1kg pulut. Ikut kita nak lemak lagu mana. Kalau tak suka lemak boleh kurangkan. Kalau dengan 1/2 santan untuk 1 kg beras memang lemak sangat-sangat dah, tak payah nak letak minyak ke apa.

Tujuan rendam pulut bersama asam keping, untuk kilatkan pulut setelah masak.

Sumber: Facebook Ain Aisha Homemade via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×