Dapur

Cara Buat Ketupat Palas Pulut Hitam Kegemaran Orang Utara, Lebih Lemak Manis Rasanya!

9
SHARES
ketupat pulut hitam

Tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, hidangan seperti ketupat sudah semestinya tidak akan ditinggalkan. Malah, menariknya makanan seperti ketupat ini, ada pelbagai jenis seperti ketupat nasi, ketupat daun palas dan juga ketupat pulut hitam.

Ketupat pulut hitam mungkin sudah biasa disediakan apabila anda berada di negeri-negeri Utara, namun buat anda yang berada di negeri lain dan teringin untuk merasakannya, apa kata raya kali ini sediakan ketupat pulut hitam pula. Rasanya lebih lemak manis dan enak dimakan begitu sahaja!

Baca juga: Jangan Risau Kalau Beli Ayam Awal, Simpan Guna Teknik Ini…Kekal Segar Sampai Raya!

RESEPI KETUPAT PULUT HITAM

ketupat pulut hitam

Foto hiasan.

Bahan-bahan:

-Beras pulut hitam 1kg (dibasuh dan direndam 3 jam sebelum buat, lepas tu toskan)
-Beras pulut susu 2kg (dibasuh dan ditoskan, basuh hingga air keruh tu tak ada)*untuk mengelakkan basi
-Santan 2kg dicampur air sikit
*santan yang dicampur air disukat menggunakan cawan kopi dulu-dulu sebanyak 18 cawan..nisbah 1kg beras pulut bersamaan 6 cawan santan..(insyaAllah pulut tak lembik dan keras)
-Gula dan garam ikut rasa
Daun pandan disimpul
-Daun palas

Cara masak:

1.Masukkan santan dalam kuali yang agak-agak muat dengan sukatan santan. Masak dengan api sederhana besar, masukkan daun pandan, gula dan garam, rasa dah ok..kacau-kacau hingga mendidih lepas itu msukkan beras pulut hitam yang telah ditoskan..kacau-kacau bagi sekata.

2.Dah sekata masukkan beras pulut susu yang juga telah ditoskan..

3.Kacau sampai terbit minyak dan pulut tak melekat dah pada sudip dan kuali..

4.Boleh la diangkat dan tunggu sejuk sedikit boleh la balut gan daun palas tadi..

5.Lebihan hujung daun palas tu dipotong dan dibuat lapik periuk untuk merebus ketupat tadi. Masukkan air dalam seinci dan boleh la direbus dengan api sederhana besar, tutup periuk dan rebus sehingga air kering (selalunya dia akan mengeluarkan bunyi ketik-ketik sebab air dah kering).

6.Tutup api dan ketupat tadi dibalik-balikkan. Kalau tak masak lagi tambah lagi air sebanyak tadi juga dan rebus lagi. Incase kalau tak masak la, selalunya ok je..lepas merebus boleh la sejat dalam talam dan dihidangkan.

ketupat pulut hitam

*Sedap dan lebih manis dari pulut biasa. Ini memang kegemaran orang Utara!

Baca juga: 7 Idea Menu Open House Hari Raya Selain Nasi, Jangan Risau…Tetamu Kenyang Sampai Esok!

Sumber: Rafidah Fidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×