Dapur

Jangan Risau Kalau Beli Ayam Awal, Simpan Guna Teknik Ini…Kekal Segar Sampai Raya!

21
SHARES
ayam segar

Salah satu bahan mentah yang menjadi pemintaan tinggi semasa musim perayaan adalah ayam segar. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi juga harga ayam segar ini dari kebiasaan. Buat anda yang ingin berjimat, sudah pasti akan membeli ayam lebih awal iaitu dalam 2-3 hari sebelum perayaan. Tapi, risau pula kalau ayam tersebut tidak lagi segar untuk dimasak pada Hari Raya…

Jangan pening-pening, jika anda memilih untuk beli ayam segar ini lebih awal, berikut merupakan teknik penyimpanan supaya rasa dan tekstur ayam kekal segar sehingga pagi raya. Macam baru beli dekat pasar!

Baca juga: Cara Hilangkan Bau & Rasa Tak Sedap Pada Blender, Cuci Guna 2 Bahan Ini

BELI AYAM SEGAR AWAL, GUNA TIPS INI UNTUK SIMPAN SUPAYA KEKAL ‘FRESH’

ayam segar

Foto: Medium.com

Jika anda nak kurangkan belanja Hari Raya, boleh guna tips ni dalam 1-2 hari ni untuk lauk raya anda. Jika anda pakai ayam segar untuk lauk pauk hari raya, beli ayam segar dalam masa 2-3 hari ni. Harga ayam turun tadi dan akan meningkat semula dalam masa terdekat. Jadi kena cepat, speed is the essence.

Lepas beli, guna tips ini. Ikut langkah ini untuk pastikan ayam kekal segar hingga ke malam raya.

1. Asingkan kaki, kepala, hati, pedal dari daging ayam.

2. Potong ayam ikut kehendak lauk pauk pagi Raya.

3. Lumur dengan air campur sedikit garam.

4. Bilas dengan air bersih.

5. Toskan ayam dari lebihan air.

6. Masukkan dalam bekas kedap udara.

7. Letak di tempat beku.

8. 24 jam sebelum nak guna, alih ke chiller (hilangkan beku).

9. Ayam yang dikeluarkan akan sesegar hari anda membelinya!

ayam segar

*Kalau boleh jimat, jimatlah. Kongsi manfaat!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

Sumber: Yani Hardinata Hairuddin

Foto: walktoeat.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×