Dapur

Teknik Paling Ekspres Kupas Bawang Merah Ramai Tak Tahu, Boleh Tarik Macam Selaput Je!

14
SHARES
bawang merah kecil

Bahan wajib untuk digunakan dalam setiap masakan untuk ditumis sudah semestinya bawang merah kecil. Walaupun membekalkan aroma yang harum dan rasa manis, bawang merah kecil ini sebenarnya tidak digemari untuk dikupas namun terpaksa juga dilakukan.

Hal ini kerana ramai yang mengatakan, proses untuk mengupas bawang merah adalah sukar dan leceh kerana selaput kulitnya yang melekat. Jangan risau, perkara ini tidak akan menjadi susah lagi selepas anda mencuba tips untuk mudah mengupas bawang merah kecil ibarat tarik sahaja selaput kulitnya!

Baca juga: Resepi Sambal Ketuk Ikan Goreng, Tengok Pun Tahu Ini Nikmat Yang Tidak Terkata!

CARA PALING EKSPRES KUPAS BAWANG MERAH KECIL

bawang merah kecil

Jangan risau, melalui perkongsian @awangdapur di laman TikTok, didedahkan satu kaeda yang dikatakan berkesan dan dapat membantu memudahkan tugas mengupas bawang.

Langkah-langkah:

1) Ambil satu mangkuk, masukkan semua bawang.

2) Siram dengan air yang mendidih sehingga terendam kesemua bawang.

3) Tunggu beberapa minit. Buang air di dalam mangkuk tadi.

4) Tak perlu keringkan, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.

5) Kini bahagian kulit akan lebih mudah dipisahkan daripada bawang. Malah boleh ditarik dan keseluruhan kulit bawang akan terus tercabut seperti selaput.

bawang merah kecil

*Cara ini akan menjadikan proses memasak menjadi lebih mudah dan cepat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Video penuh:

@awangdapur Replying to @Sebuahnoktah Tips kupas bawang merah Siap! #awangdapur #barangdapur #resepi #tipsdapur #tipsmasak ♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Baca juga: Simpan Sayur & Dedaun Masakan Guna Teknik Sejuk Beku, Paling Lama Tahan Sampai 6 Bulan!

Sumber: Tiktok @awangdapur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×