Dapur

Resepi Ayam Palembang Kicap Pekat Berkilat, Sekali Cuba Memang Teringat!

20
SHARES
ayam palembang

Bosan juga kan kalau setiap hari makan masakan yang sama seperti ayam merah atau ayam kicap. Apa kata cuba sedikit kelainan dengan mencuba resepi baharu iaitu ayam palembang.

Walaupun masakan ini popular di Jawa tetapi pasti sesuai dengan cita rasa. Memang lain dan tak sama dengan mana-mana masakan. Cuba dulu baru tahu.

Baca juga: Resepi Kaswi Pandan Gedik Viral, Lembut & Kenyal Sangat!

RESEPI AYAM PALEMBANG KICAP BERKILAT, SEDAPNYA!

AYAM PALEMBANG

Bahan-bahan:

Bahan a:

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 5-6 ulas
  • Halia sebesar ibu jari

Bahan b:

  • Serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Kicap manis 1/2 cawan
  • Cili kisar
  • Asam keping
  • Santan 100ml

Cara penyediaan:

1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan.

AYAM PALEMBANG

2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.

3. Kemudian, tumis cili kering sehingga masak dan masukkan kicap serta daun kari.

AYAM PALEMBANG

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan asam keping.

5. Masukkan ayam dan biarkan sehingga mendidih.

6. Boleh masukkan santan dan biarkan sekejap sebelum dihidangkan.

AYAM PALEMBANG

Siap! Mudah kan? Memang berbeza dari resepi ayam yang lain.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Popia Daging Caramel Ini Memang Lain Daripada Yang Lain, Inti Pedas-Pedas Manis!

Sumber: Facebook Qasih Jue Aisya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×