Dapur

Ini Kegunaan Santan Fresh, Kotak & Serbuk Dalam Masakan, Tak Semua Sama Rupanya…

85
SHARES
JENIS-JENIS SANTAN

Perasan tak bila pergi beli barang, ada pelbagai jenis santan tersusun di rak? Tanpa membuat sebarang bacaan, anda pasti ambil sahaja santan yang berkenan di hati walaupun sebenarnya tidak sesuai digunakan dalam masakan berkuah atau nasi.

Alamak! Bila balik rumah masakan kurang menjadi kerana pemilihan santan yang kurang sesuai. Jadi, untuk mengelakkan anda kecewa, kami kongsikan penulisan Puan Ummi Syuhada tentang jenis-jenis santan dan kegunaannya. Barulah masakan menjadi dan lebih sedap.

Baca juga: Tips Rebus Jagung Isi Sedap Tak Kecut, Kena Cuba!

JENIS-JENIS SANTAN & KEGUNAANNYA, SEMUA BERBEZA-BEZA

JENIS-JENIS SANTAN

Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza. 

1. Santan Kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna sebab tak ada masalah santan pecah minyak dan berketul.

2. Untuk rendang, Kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.

3. Kalau nak guna Kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut dan bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul sebab cair dan senang larut.

4. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik.

JENIS-JENIS SANTAN

5. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang dan nasi lemak, terus masuk tanpa perlu tunggu cair semula.

6. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dengan air suam.

7. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma seperti kelapa yang disangai.

8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecil. Tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut.

Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.

JENIS-JENIS SANTAN

9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak habis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok-elok ikat getah simpan bahagian chiller.

10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecil. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat.

Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai habis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam.

11. Santan beku, nak check cair ke tak. Tengok bahagian mendapan dekat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati sahaja.

12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai habis.

Ini sahaja perkongsian dan tips menggunakan santan dalam masakan.

Sumber: Facebook Ummi Syuhada

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×