Dapur

Cara Buat & Simpan Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan, Nak Masak Senang!

94
SHARES

Bawang merah, putih, cili kering dan halia merupakan bahan utama sering digunakan dalam masakan. Setiap hari pasti kesemua bahan itu akan digunakan untuk menambah rasa masakan dan membuatkan makanan lebih enak.

Sebenarnya, lebih menjimatkan masa jika kesemua bahan utama itu telah dikisar dan dijadikan stok. Tambah pula bulan Ramadan hampir tiba, nak masak dua atau tiga jenis hidangan pun boleh jimat masa. Jom kami kongsikan cara penyediaan bahan kisar masakan. Mudah sahaja.

Baca juga: Teknik Mudah Buang Kulit Ikan Cencaru Supaya Isi Ikan Tak Hancur

CARA BUAT & SIMPAN STOK BAHAN MASAKAN TAHAN 3 BULAN

Tips simpan stok bawang blender tahan 3 bulan. Bulan puasa dah nak dekat kan. Jom saya nak share sikit cara-cara saya simpan cabai bawang halia bagi tahan lama.

Senang la bila nak masak lauk pauk, mee goreng, bihun goreng, dan keuytiaw. Terus cedok sahaja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2-3x. Sebab tu kalau tetamu datang rumah saya, kejap sahaja saya masak. Wajib simpan dalam peti ais ya.

Cara penyediaan:

1. CILI KISAR 

Gunting cili kering kecil-kecil lebih kurang 1 inci lepas itu buang biji cilii tu. Rebus cili tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.

Lepas tu tapis bilas dengan air. Masukkan cili dalam blender. Blend sambil masuk air bertapis sikit sekadar bagi blender tu boleh berputar sahaja.

Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cili ni tau.

2. BAWANG BESAR KISAR 

1 kilo bawang besar dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak air sahaja pun boleh. Pastikan sedikit saja air tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.

Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais. Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.

3. BAWANG PUTIH KISAR 

Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecil-kecil. Blender bawang bersama air bertapis. Anggaran air adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.

4. HALIA KISAR 

Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecil-kecil. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar. Blender halia dengan sedikit air.

Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.

*Tips penting untuk lebih bertahan lama. Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campur lepas cedok bawang cedok halia pulak. Jangan! 

Kalau nak guna cili, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing untuk elakkan cepat berkulat.

Sumber: Facebook Cik Dayang Zuhaila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×