Dapur

Teknik Mudah Buang Kulit Ikan Cencaru Supaya Isi Ikan Tak Hancur

35
SHARES

Ikan cencaru merupakan ikan kegemaran ramai. Sedap dimasak dan mempunyai rasa tersendiri. Namun cara untuk menyiang kulit ikan cencaru bukan suatu yang mudah.

Tak semua orang tahu cara yang betul dan jika tersilap langkah habis isi ikan turut terkoyak sekali. Bagi yang tak tahu cara untuk siang ikan cencaru atau dipanggil juga ikan jaket, jom tengok perkongsian di bawah.

Baca juga: Resepi Jalapeno Poppers Ala-Ala Di Amerika, Gabungan Pedas & Cream Cheese!

TEKNIK MUDAH BUANG KULIT IKAN CENCARU SUPAYA ISI IKAN TAK HANCUR

Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi. Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan.

Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.

1. Buang sirip tepi ikan.

2. Cungkil kulit tepi sirip.

3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.

4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.

5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.

6. Ikan pertama. Tercarik isinya sekali.

7. Ikan nombor 2. Yang ni lulus.

Walau bagaimanapun, ada juga yang memilih untuk tidak menyiang kulit ikan cencaru dan boleh dimasak terus. Kulitnya akan tercabut ketika dimasak. Apa-apa pun pilihan masing-masing. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mazlina Haji Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×