Dapur

Resepi Jalapeno Poppers Ala-Ala Di Amerika, Gabungan Pedas & Cream Cheese!

3
SHARES

Siapa pernah makan jalapeno poppers? Kalau anda pertama kali melihat juadah itu, pasti rasa sedikit pelik kerana gabungan cili dan juga cream cheese tetapi sebenarnya gabungan kedua-dua bahan itu sangat sesuai dan enak dimakan.

Kalau anda mahu cuba membuat jalepon poppers, jom cuba resepi yang dikongsi oleh Puan Siti Hazneza Abdul Hamid di laman Facebooknya. Kalau bawa untuk jiran, pasti mereka juga teruja. Mari kita cuba…

Baca juga: Resepi Apam Jepun Gebu, Buat Sendiri Lagi ‘Padu’!

RESEPI JALAPENO POPPERS ALA-ALA DI AMERIKA, GABUNGAN PEDAS & CREAM CHEESE

Siapa makan cili dia rasa pedas. Jalapeno poppers. J tu dibaca bunyi H. Jadi Halapeno poppers. Resepi Mexico yang diasimilasi dengan Amerika. 

Pertama kali makan pun di Amerika. Beli empat biji sebab takut-takut. Sekali rasa pergh! Sempat makan sebiji pasal anak dua orang masa itu pun makan seorang sebiji. Mana sebiji lagi? En. Anuar kan ada sekali, beliaulah makan. 

Bahan-bahan: 

  • Cili banji/ cili solok lada
  • Cream cheese pada suhu bilik secukupnya
  • Telur untuk celupan
  • Tepung goreng ayam

Cara penyediaan:

1. Biarkan tangkai dan belah tengah tanpa putus.

2. Isi dengan cream cheese. Ada yang tanya bolehkah hendak diperisakan cream cheese tu? Silakan. Tetapi yang saya makan hanya cream cheese. Sederhana tetapi sedap sungguh.

3. Sudah siap diisi. Bersihkan bahagian luar asal tidak terlalu banyak cream cheese. Rugi nanti cair dalam kuali.

4. Saya celup telur dahulu membuatkan saduran kurang lekat. Eloknya golek sedikit dalam tepung sebelum masuk dalam telur supaya ada ‘tapak’ untuk telur melekat pada cili banji.

*Kemudian, celup semula ke dalam telur dan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.

Oleh sebab hanya 5 biji, saya goreng serentak. Tiada masalah asalkan kuali tidak terlalu penuh kerana akan buatkan kurang rangup.

Siap. Hati-hati, panas dan pedas. Jom cuba!

Sumber: Facebook Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×