Dapur

Resepi Apam Jepun Gebu, Buat Sendiri Lagi ‘Padu’!

7
SHARES

Pernah dengar tak dorayaki? Sebut sahaja dorayaki mesti terbayang Doraemon kan? Selain dorayaki, ia juga dipanggil sebagai apam jepun. Apam jepun dihidangkan bersama inti nanas atau kacang merah. Teksturnya yang lembut dan gebu sangat sedap dimakan ketika panas dan dinikmati bersama keluarga.

Kalau anda teringin nak makan, boleh cuba resepi yang dikongsi oleh Kebun Cenonet. Bahan-bahanya mudah sahaja tetapi boleh menghasilkan satu juadah yang sangat sedap serta mengiurkan. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Viral Mi Sup Pedas Ala Cina, Memang Puas Hirup Kuah!

RESEPI APAM JEPUN GEBU, BUAT SENDIRI LAGI PADU

Dulu-dulu waktu belum ada Corona, saya ada juga ke pasar malam. Singgah gerai apam balik. Beli jenis berinti kacang dan nanas. Saya tak tahu kuih ini dipanggil apa.

Puaslah saya membuat carian di internet. Maka bertemulah dengan 3 nama ini. Yang selama ini saya panggil apam balik bulat. Macamlah ada apam balik yang bukan bulat.

Alhamdulillah, saya berjaya menghasilkan dengan menggunakan dua versi acuan. Acuan telur dan acuan takoyaki. Tak perlu ke pasar malam lagi.

Bahan-Bahan diperlukan:  

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 cawan susu cair ( saya bancuh susu tepung)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1/2 packet yis kering (6 gr)
  • 3 sudu besar gula perang ( gula putih pun boleh aje)
  • 1 sudu besar marjerin cair
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Inti: Jem nanas

Cara penyediaannya mudah sahaja iaitu campurkan kesemua bahan di atas dalam bekas. Biarkan sejam, kemudian bolehlah dimasak.

1. Tuang adunan, letak jem, tuang lagi adunan menutupi jem.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Kebun Cenonet

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×